{"id":12385,"date":"2026-07-03T03:52:10","date_gmt":"2026-07-03T03:52:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12385"},"modified":"2026-07-03T03:52:10","modified_gmt":"2026-07-03T03:52:10","slug":"proton-lepasi-100000-jualan-dalam-enam-bulan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/proton-lepasi-100000-jualan-dalam-enam-bulan\/","title":{"rendered":"Proton lepasi 100,000 jualan dalam enam bulan"},"content":{"rendered":"<p>Proton mencatat jualan lebih 100,000 unit bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, prestasi terbaik syarikat itu dalam tempoh 15 tahun dan memberi isyarat jelas permintaan terhadap model enjin pembakaran dalaman serta kenderaan tenaga baharu terus kukuh.<\/p>\n<p>Sebanyak 16,052 unit kenderaan Proton diserahkan kepada pelanggan pada Jun, menjadikan jumlah jualan terkumpul dari Januari hingga Jun sebanyak 100,346 unit.<\/p>\n<p>Jumlah itu meningkat 39.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, selain menjadi pencapaian jualan separuh pertama terbaik Proton sejak 2011.<\/p>\n<p>Prestasi tersebut meletakkan pengeluar kereta nasional itu pada landasan untuk mencapai sasaran 200,000 unit jualan bagi keseluruhan tahun 2026.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Ir. Abdul Rashid Musa berkata, kejayaan melepasi angka 100,000 unit sebelum pertengahan tahun membuktikan keyakinan pengguna terhadap jenama tempatan itu terus meningkat.<\/p>\n<p>\u201cApa yang lebih membanggakan ialah pertumbuhan ini disokong secara menyeluruh oleh keseluruhan portfolio produk kami. Permintaan terhadap model-model ICE kekal kukuh, manakala e.MAS terus berkembang pesat,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Menurutnya, pencapaian itu menunjukkan Proton mampu memenuhi keperluan pelanggan daripada pengguna kenderaan konvensional hingga pembeli yang mula beralih kepada mobiliti elektrik.<\/p>\n<p>\u201cIni membuktikan keupayaan Proton memenuhi keperluan pelanggan di setiap peringkat perjalanan mobiliti mereka dan memberi keyakinan kepada kami untuk mencapai sasaran jualan 200,000 unit tahun ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Model Proton Saga terus menjadi penyumbang terbesar jualan syarikat apabila merekodkan kira-kira 7,000 unit pada Jun.<\/p>\n<p>Jumlah jualan Saga bagi enam bulan pertama tahun ini mencecah 44,375 unit, meningkat 40 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.<\/p>\n<p>Dalam segmen sedan, Proton S70 pula terus mengekalkan kedudukan sebagai sedan segmen C paling laris di Malaysia selepas mencatat 2,307 unit jualan pada Jun. Secara keseluruhan, model itu merekodkan 12,832 unit jualan sejak awal tahun, naik 37.3 peratus.<\/p>\n<p>Bagi segmen kenderaan utiliti sukan, Proton X50 mencatat 2,378 unit pada Jun dengan jumlah jualan enam bulan sebanyak 15,345 unit, meningkat 35.1 peratus berbanding tahun lalu.<\/p>\n<p>Proton berkata X50 kekal sebagai SUV segmen B paling laris di negara ini, manakala X90 yang dikemas kini terus menguasai pasaran SUV tujuh tempat duduk segmen D selepas mencatat 388 unit jualan pada Jun.<\/p>\n<p>Pertumbuhan paling ketara bagaimanapun datang daripada rangkaian e.MAS apabila sebanyak 17,920 unit kenderaan tenaga baharu diserahkan dalam tempoh enam bulan pertama, melonjak 321 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.<\/p>\n<p>Proton e.MAS 5 yang dipasang secara tempatan mencatat 1,436 unit jualan pada Jun, menjadikan jumlah jualannya sejak Januari sebanyak 10,793 unit.<\/p>\n<p>Sementara itu, e.MAS 7 merekodkan 659 unit jualan pada Jun dengan jumlah terkumpul 3,053 unit, manakala e.MAS 7 PHEV terus mencatat permintaan memberangsangkan dalam pasaran hibrid plug-in.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Proton mencatat jualan lebih 100,000 unit bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, prestasi terbaik syarikat itu dalam tempoh 15 tahun dan memberi isyarat jelas permintaan terhadap model enjin pembakaran dalaman serta kenderaan tenaga baharu terus kukuh. Sebanyak 16,052 unit kenderaan Proton diserahkan kepada pelanggan pada Jun, menjadikan jumlah jualan terkumpul dari Januari hingga Jun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12386,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1747,1546,223,1745],"authors":[],"class_list":["post-12385","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ev","tag-jualan","tag-kereta","tag-proton"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12385","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12385"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12385\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12387,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12385\/revisions\/12387"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12386"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12385"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12385"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12385"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12385"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}