{"id":12407,"date":"2026-07-03T07:23:44","date_gmt":"2026-07-03T07:23:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12407"},"modified":"2026-07-03T07:23:44","modified_gmt":"2026-07-03T07:23:44","slug":"tunggakan-cukai-rm1-73-bilion-rayuan-najib-dan-anak-akan-diputus-4-september","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tunggakan-cukai-rm1-73-bilion-rayuan-najib-dan-anak-akan-diputus-4-september\/","title":{"rendered":"Tunggakan cukai RM1.73 bilion: Rayuan Najib dan anak akan diputus 4 September"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada 4 September ini rayuan Najib Razak dan anaknya, Mohd Nazifuddin, untuk menangguhkan prosiding kebankrapan yang dimulakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) susulan tunggakan cukai masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.<\/p>\n<p>Tarikh itu ditetapkan panel tiga hakim diketuai Alwi Abdul Wahab selepas mendengar hujahan peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili kedua-dua perayu serta Peguam Kanan LHDN, Norhisham Ahmad.<\/p>\n<p>Turut bersidang ialah Shahnaz Sulaiman dan Ong Chee Kwan.<\/p>\n<p>Rayuan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi pada 17 November tahun lalu menolak permohonan Najib dan Mohd Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka.<\/p>\n<p>Pesuruhjaya Kehakiman Suhendran Sockanathan@Saheran Abdullah ketika itu memutuskan tiada kemudaratan lain yang cukup kukuh untuk membolehkan prosiding berkenaan ditangguhkan.<\/p>\n<p>Muhammad Shafee berhujah Najib telah membayar cukai pendapatan, namun masih dikenakan taksiran cukai tambahan RM1.69 bilion yang menurutnya berpunca daripada sumbangan Arab Saudi diterima bekas perdana menteri itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sumbangan yang didakwa telah dipulangkan semula selepas pilihan raya umum itu sepatutnya dikecualikan daripada cukai, namun dianggap sebagai pendapatan tambahan oleh LHDN.<\/p>\n<p>\u201cKami telah membangkitkan perkara ini sejak awal lagi, tetapi mereka tidak pernah menjawab bagaimana mereka mengira taksiran cukai tambahan itu,\u201d katanya di mahkamah.<\/p>\n<p>Peguam itu memohon agar prosiding kebankrapan ditangguhkan sementara Najib mencabar taksiran cukai tersebut di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT).<\/p>\n<p>Menurutnya, status bankrap boleh menyukarkan Najib mendapatkan khidmat peguam serta menguruskan pembayaran melalui sumber kewangan lain.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Norhisham berkata jumlah tuntutan yang tinggi tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan tindakan kebankrapan.<\/p>\n<p>\u201cUndang-undang menetapkan beliau perlu membayar terlebih dahulu dan mempertikaikannya kemudian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kes itu berpunca daripada penghakiman Mahkamah Tinggi pada 2020 yang membenarkan permohonan LHDN mendapatkan penghakiman terus terhadap Najib dan Mohd Nazifuddin bagi tunggakan cukai untuk tahun taksiran antara 2011 hingga 2017.<\/p>\n<p>Pada 16 Oktober 2023, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, sekali gus mengekalkan liabiliti cukai tersebut.<\/p>\n<p>LHDN melalui Kerajaan Malaysia memfailkan saman terhadap Najib bagi menuntut cukai tertunggak, faedah lima peratus setahun, kos serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.<\/p>\n<p>Sementara itu, Mohd Nazifuddin turut disaman pada Julai 2019 atas dakwaan gagal menjelaskan cukai pendapatan bagi tujuh tahun taksiran bermula 2011.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada 4 September ini rayuan Najib Razak dan anaknya, Mohd Nazifuddin, untuk menangguhkan prosiding kebankrapan yang dimulakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) susulan tunggakan cukai masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta. Tarikh itu ditetapkan panel tiga hakim diketuai Alwi Abdul Wahab selepas mendengar hujahan peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5175,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[483,132,764,121,2435,157],"authors":[],"class_list":["post-12407","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-cukai","tag-lhdn","tag-muflis","tag-najib","tag-nazifuddin","tag-tunggakan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12407","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12407"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12407\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12408,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12407\/revisions\/12408"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5175"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12407"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12407"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12407"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12407"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}