{"id":12437,"date":"2026-07-04T03:41:49","date_gmt":"2026-07-04T03:41:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12437"},"modified":"2026-07-04T03:41:49","modified_gmt":"2026-07-04T03:41:49","slug":"rm429-juta-peruntukan-untuk-polis-imigresen-dan-penjara-johor-saifuddin-nasution","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rm429-juta-peruntukan-untuk-polis-imigresen-dan-penjara-johor-saifuddin-nasution\/","title":{"rendered":"RM429 juta peruntukan untuk polis, imigresen dan penjara Johor: Saifuddin Nasution"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan lebih RM429 juta bagi memperkukuh kebajikan anggota serta meningkatkan keupayaan operasi agensi penguatkuasaan di Johor sejak 2023 hingga tahun ini.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata peruntukan itu melibatkan tiga agensi utama di bawah kementerian berkenaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Penjara Malaysia.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sebanyak RM174.8 juta diperuntukkan bagi projek yang telah siap dan sedang dilaksanakan, manakala RM255 juta lagi disediakan untuk projek dalam perancangan.<\/p>\n<p>\u201cApabila anggota penguat kuasa mempunyai tempat bertugas yang lebih kondusif, kuarters lebih selesa dan kemudahan operasi lebih moden, rakyat turut menikmati manfaatnya melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih baik serta persekitaran lebih aman dan sejahtera,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.<\/p>\n<p>Antara projek yang sedang dilaksanakan termasuk perolehan tanah bagi pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengerang, pembelian premis serta kuarters JIM Johor Bahru, selain kerja naik taraf kemudahan asas di Penjara Kluang.<\/p>\n<p>Bagi projek yang masih dalam perancangan pula, KDN akan memberi tumpuan kepada pembinaan IPD Segamat bersama balai polis dan perumahan anggota, penggabungan dewan penumpang bas di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), serta kerja naik taraf bengkel dapur Penjara Kluang dan sistem bekalan air Penjara Simpang Renggam.<\/p>\n<p>Saifuddin berkata, penyediaan kemudahan lebih baik kepada anggota tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai usaha kebajikan, sebaliknya pelaburan penting bagi memastikan agensi penguatkuasaan dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap, selamat dan berkesan.<\/p>\n<p>\u201cKDN akan terus memastikan setiap peruntukan yang diamanahkan dimanfaatkan sebaiknya agar kebajikan anggota sentiasa terpelihara, sekali gus memperkukuh keselamatan Johor dan kesejahteraan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Johor menjadi antara negeri penting dari sudut keselamatan dan penguatkuasaan kerana mempunyai pintu masuk antarabangsa yang sibuk, termasuk laluan darat ke Singapura menerusi Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Tanjung Kupang.<\/p>\n<p>Keperluan meningkatkan kapasiti PDRM, Imigresen dan Jabatan Penjara turut dilihat penting bagi menangani isu rentas sempadan, kemasukan warga asing, jenayah serta kesesakan di pintu masuk negara.<\/p>\n<p>Saifuddin berkata, pelaksanaan projek itu selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap negeri menerima sokongan pembangunan mengikut keperluan semasa dan kesejahteraan rakyat.<\/p>\n<p>Beliau turut merujuk penjelasan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa peruntukan pembangunan dan pengurusan kepada Johor telah meningkat kepada kira-kira RM14.6 bilion, berbanding RM10.2 bilion sebelum ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan lebih RM429 juta bagi memperkukuh kebajikan anggota serta meningkatkan keupayaan operasi agensi penguatkuasaan di Johor sejak 2023 hingga tahun ini. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata peruntukan itu melibatkan tiga agensi utama di bawah kementerian berkenaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Penjara Malaysia. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1824,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[630,22,1117,535,103,20],"authors":[],"class_list":["post-12437","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-johor","tag-kdn","tag-keselamatan","tag-peruntukan","tag-prn","tag-saifuddin-nasution-ismail"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12437","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12437"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12437\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12438,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12437\/revisions\/12438"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1824"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12437"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12437"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12437"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12437"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}