{"id":12464,"date":"2026-07-05T04:37:46","date_gmt":"2026-07-05T04:37:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12464"},"modified":"2026-07-05T04:37:46","modified_gmt":"2026-07-05T04:37:46","slug":"pelabur-pilih-johor-kerana-stabil-johari-ghani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pelabur-pilih-johor-kerana-stabil-johari-ghani\/","title":{"rendered":"Pelabur pilih Johor kerana stabil: Johari Ghani"},"content":{"rendered":"<p>Johor perlu terus dipimpin kerajaan yang mempunyai mandat jelas dan stabil bagi memastikan agenda pembangunan negeri, termasuk sasaran Agenda Maju Johor 2030, dapat dilaksanakan tanpa gangguan politik.<\/p>\n<p>Naib Presiden UMNO Johari Abdul Ghani berkata, kestabilan politik menjadi antara faktor utama yang meyakinkan pelabur asing untuk memilih Johor sebagai lokasi perniagaan dan pelaburan mereka.<\/p>\n<p>Menurutnya, Johor kini berada pada kedudukan strategik kerana sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara adalah tinggi berbanding banyak negeri lain, selain memiliki hubungan ekonomi yang rapat dengan Singapura.<\/p>\n<p>\u201cKalau tidak ada kestabilan politik, kita akan ada masalah untuk tarik keyakinan pelabur. Di Johor, sumbangannya kepada GDP sangat tinggi kalau dibandingkan dengan negeri lain kerana negeri ini stabil,\u201d katanya ketika berucap pada Program Wacana Kempas hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Kempas, Ramlee Bohani, serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Nur Mohamed.<\/p>\n<p>Johari berkata, selain kestabilan politik, Johor mempunyai kelebihan dari segi kemudahan infrastruktur, keluasan tanah serta kapasiti utiliti seperti bekalan elektrik dan air yang diperlukan oleh industri bernilai tinggi.<\/p>\n<p>Katanya, perkara itu menjadikan Johor semakin menarik kepada pelabur, terutama syarikat dari Singapura yang berdepan kekangan tanah untuk mengembangkan operasi mereka.<\/p>\n<p>\u201cPelabur akan tengok infrastruktur, apa yang kita sediakan dan sama ada utiliti seperti elektrik serta air mencukupi. Untuk pusat data, semua perkara ini sangat penting,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjadikan perkembangan industri pusat data sebagai contoh bagaimana Johor mendapat manfaat daripada kedudukannya berhampiran Singapura.<\/p>\n<p>Menurutnya, Singapura mempunyai kekangan ruang dan tanah, menyebabkan syarikat yang mahu membina pusat data atau mengembangkan operasi mula melihat Johor sebagai pilihan yang lebih praktikal.<\/p>\n<p>\u201cApabila Singapura sudah semakin padat dan tidak ada kawasan, pelabur mula melihat Johor. Pada awalnya mungkin mereka takut, tetapi lama-kelamaan mereka lihat kerajaan Johor mesra pelabur, tidak bergaduh dengan pelabur dan tanah pula luas.<\/p>\n<p>\u201cApabila keyakinan itu ada, mereka datang beramai-ramai. Sebab itu kita lihat pelaburan yang masuk ke Johor mencecah RM110 bilion,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Johor sejak beberapa tahun kebelakangan ini muncul sebagai antara negeri tumpuan pelaburan negara, khususnya dalam sektor pusat data, pembuatan berteknologi tinggi, logistik, tenaga dan pembangunan ekonomi rentas sempadan melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.<\/p>\n<p>Agenda Maju Johor 2030 pula digerakkan bagi memperkukuh ekonomi negeri, meningkatkan pendapatan rakyat serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Johari berkata pengundi Johor perlu mempertimbangkan kepentingan kestabilan politik ketika membuat pilihan pada hari pengundian Sabtu depan.<\/p>\n<p>\u201cJohor tidak boleh berkembang tanpa konsep kestabilan ini. Rakyat Johor perlu buktikan bahawa mandat yang sudah ada di depan mata perlu diteruskan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Johor perlu terus dipimpin kerajaan yang mempunyai mandat jelas dan stabil bagi memastikan agenda pembangunan negeri, termasuk sasaran Agenda Maju Johor 2030, dapat dilaksanakan tanpa gangguan politik. Naib Presiden UMNO Johari Abdul Ghani berkata, kestabilan politik menjadi antara faktor utama yang meyakinkan pelabur asing untuk memilih Johor sebagai lokasi perniagaan dan pelaburan mereka. Menurutnya, Johor [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1443,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,2667,630,185,103,146],"authors":[],"class_list":["post-12464","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-johari-ghani","tag-johor","tag-kempen","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12464","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12464"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12464\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12465,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12464\/revisions\/12465"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1443"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12464"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12464"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12464"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12464"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}