{"id":12504,"date":"2026-07-06T02:29:15","date_gmt":"2026-07-06T02:29:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12504"},"modified":"2026-07-06T02:29:15","modified_gmt":"2026-07-06T02:29:15","slug":"rakyat-malaysia-ditahan-di-macau-bawa-heroin-rm2-juta-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rakyat-malaysia-ditahan-di-macau-bawa-heroin-rm2-juta-laporan\/","title":{"rendered":"Rakyat Malaysia ditahan di Macau bawa heroin RM2 juta: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Macau bulan lalu kerana disyaki menyeludup heroin bernilai kira-kira RM2.09 juta dipercayai memperoleh dadah itu dari sebuah negara jiran sebelum menaiki penerbangan ke wilayah berkenaan.<\/p>\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia pertengahan 20-an dari Sarawak itu tidak berlepas dari Malaysia, sebaliknya menggunakan laluan penerbangan dari negara jiran di utara.<\/p>\n<p>Beliau berkata, polis menerima maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Macau berhubung penahanan suspek pada Ahad.<\/p>\n<p>\u201cMaklumat yang kita terima menunjukkan suspek bukan berlepas dari Malaysia tetapi dari negara jiran di utara. Kita juga percaya dadah yang dibawa oleh suspek diperoleh di negara jiran,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Hussein, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kini bekerjasama dengan agensi penguat kuasa dadah negara berkenaan kerana suspek dipercayai menggunakan laluan alternatif selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyeludup dadah.<\/p>\n<p>Katanya, Polis Diraja Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan Polis Kehakiman Macau melalui pertukaran maklumat risikan bagi mengenal pasti dalang serta rangkaian sindiket yang terbabit.<\/p>\n<p>\u201cSiasatan bersama sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang dan ahli sindiket lain. Semakan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah narkotik, iaitu membabitkan kesalahan memiliki dan menyalahgunakan dadah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kes itu dilaporkan berlaku pada 20 Jun lalu apabila suspek tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau dari rantau Asia Tenggara sebelum ditahan selepas mengambil bagasi berdaftarnya.<\/p>\n<p>Pemeriksaan oleh pihak berkuasa Macau menemukan 49 kotak biskut yang dibungkus rapi dalam beg bagasi suspek. Setiap kotak mengandungi dua paket biskut dan satu tin yang dilabel sebagai pes tuna.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 49 tin itu tidak mengandungi pes tuna, sebaliknya dipenuhi serbuk putih yang kemudiannya disahkan sebagai heroin.<\/p>\n<p>Jumlah heroin yang dirampas dianggarkan seberat 2,987 gram dengan nilai kira-kira 4.18 juta pataca Macau, bersamaan RM2.09 juta.<\/p>\n<p>Pihak berkuasa Macau dilaporkan percaya lelaki itu direkrut oleh sindiket dari Malaysia untuk mengambil dadah di sebuah negara Asia Tenggara sebelum membawanya masuk ke Macau. Dadah berkenaan dipercayai akan dihantar ke wilayah berhampiran mengikut arahan sindiket.<\/p>\n<p>Suspek dikatakan dijanjikan bayaran RM3,000, atau kira-kira 6,000 pataca Macau, selepas tugasan itu selesai.<\/p>\n<p>Hussein berkata, JSJN sedang menyiasat kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan sindiket dadah di Malaysia, termasuk mengenal pasti individu yang mengatur perjalanan serta pembungkusan dadah terbabit.<\/p>\n<p>Beliau pada masa sama mengingatkan rakyat Malaysia yang ke luar negara supaya tidak membawa bagasi atau bungkusan yang kandungannya tidak diketahui.<\/p>\n<p>\u201cMereka perlu mengetahui sepenuhnya kandungan bagasi atau sebarang bungkusan yang dibawa bagi mengelak terperangkap dan menjadi keldai dadah kepada sindiket,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Macau bulan lalu kerana disyaki menyeludup heroin bernilai kira-kira RM2.09 juta dipercayai memperoleh dadah itu dari sebuah negara jiran sebelum menaiki penerbangan ke wilayah berkenaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia pertengahan 20-an dari Sarawak itu tidak berlepas dari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12505,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[511,1515,920,4325,4326,43,1581],"authors":[],"class_list":["post-12504","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dadah","tag-heroin","tag-hussein-omar-khan","tag-macau","tag-narkotik-bukit-aman","tag-pdrm","tag-seludup"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12504","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12504"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12504\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12506,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12504\/revisions\/12506"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12505"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12504"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12504"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12504"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12504"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}