{"id":1252,"date":"2025-07-03T08:26:26","date_gmt":"2025-07-03T08:26:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1252"},"modified":"2025-07-03T08:29:21","modified_gmt":"2025-07-03T08:29:21","slug":"syarikat-ais-dan-makanan-sejuk-beku-tangguh-kenaikan-harga-menteri-kpdn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/syarikat-ais-dan-makanan-sejuk-beku-tangguh-kenaikan-harga-menteri-kpdn\/","title":{"rendered":"Syarikat ais dan makanan sejuk beku tangguh kenaikan harga: Menteri KPDN"},"content":{"rendered":"<p>Dua syarikat pengeluar ais dan makanan sejuk beku bersetuju menangguhkan kenaikan harga produk mereka ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, kata Armizan Mohd Ali.<\/p>\n<p>Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan kedua-dua syarikat itu yang didakwa akan menaikkan harga produk mereka sebelum ini selepas perbincangan dijalankan dengan wakil syarikat berkenaan baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cKedua-dua syarikat telah dipanggil ke KPDN dan memaklumkan bahawa mereka akan menangguhkan terlebih dahulu kenaikan harga kepada suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian,\u201d katanya semasa Majlis Apresiasi Rakan Strategik Penguatkuasaan sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, kedua-dua syarikat memberikan alasan bahawa peningkatan kos operasi menjadi punca kepada cadangan kenaikan harga jualan.<\/p>\n<p>\u201cIa tiada kaitan dengan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).<\/p>\n<p>\u201cKami telah memberikan nasihat kepada mereka bahawa sekiranya benar ingin menaikkan harga tersebut, syarikat perlu mengemukakan maklumat tertentu kepada KPDN melalui Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 (Akta 723),\u201d jelas Armizan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan bahawa KPDN akan melaksanakan langkah pemantauan dan siasatan secara telus bagi menangani sebarang unsur pencatutan, sekali gus memastikan pengguna tidak terbeban tanpa asas yang munasabah.<\/p>\n<p>Terdahulu, tular satu memo daripada sebuah syarikat pengeluar ais yang memaklumkan kenaikan harga jualan daripada RM3.70 kepada RM6, kononnya berkaitan pelaksanaan SST.<\/p>\n<p>Turut tular, memo daripada syarikat makanan sejuk beku yang turut menjalankan perniagaan burger jenama tempatan terkenal, menyatakan harga akan dinaikkan sebanyak 10 peratus bermula Khamis depan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua syarikat pengeluar ais dan makanan sejuk beku bersetuju menangguhkan kenaikan harga produk mereka ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, kata Armizan Mohd Ali. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan kedua-dua syarikat itu yang didakwa akan menaikkan harga produk mereka sebelum ini selepas perbincangan dijalankan dengan wakil syarikat berkenaan baru-baru [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1258,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[768,427,770,428,769,481],"authors":[],"class_list":["post-1252","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ais","tag-armizan-mohd-ali","tag-harga-naik","tag-kpdn","tag-sejuk-beku","tag-sst"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1252","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1252"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1252\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1255,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1252\/revisions\/1255"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1258"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1252"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1252"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1252"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1252"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}