{"id":12521,"date":"2026-07-06T05:22:14","date_gmt":"2026-07-06T05:22:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12521"},"modified":"2026-07-06T05:22:14","modified_gmt":"2026-07-06T05:22:14","slug":"mof-nafi-mungkir-janji-pengecualian-cukai-terhadap-tarc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mof-nafi-mungkir-janji-pengecualian-cukai-terhadap-tarc\/","title":{"rendered":"MOF nafi mungkir janji pengecualian cukai terhadap TARC"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan kerajaan memungkiri janji berhubung pengecualian cukai kepada Yayasan Pendidikan TARC, sebaliknya menjelaskan lanjutan selama tiga tahun diberikan sementara yayasan itu melengkapkan syarat pematuhan yang ditetapkan.<\/p>\n<p>Kementerian itu berkata, kelulusan pengecualian cukai bukan diberikan secara automatik, walaupun kerajaan membuka ruang kelulusan sehingga tempoh maksimum 10 tahun kepada institusi, organisasi dan tabung kebajikan yang layak.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan MOF lagi, dasar itu dilaksanakan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 27 November lalu.<\/p>\n<p>\u201cNamun, kelulusan tersebut bukan secara automatik. Ia tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang percukaian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Penjelasan itu dibuat susulan polemik mengenai permohonan Yayasan Pendidikan TARC untuk melanjutkan pengecualian cukai selepas kelulusan sedia ada tamat pada tahun 2025.<\/p>\n<p>MOF berkata, hasil semakan mendapati terdapat beberapa syarat yang masih belum dipenuhi sepenuhnya oleh yayasan berkenaan, termasuk aspek pengukuhan tadbir urus dan pengurusan derma.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, kerajaan mengambil pendekatan berhemah dengan meluluskan pengecualian cukai secara interim selama tiga tahun, mengambil kira peranan Yayasan Pendidikan TARC dalam menyediakan pendidikan tinggi swasta yang berkualiti dan mampu milik kepada rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cTempoh lanjutan ini memastikan kedudukan pengecualian cukai Yayasan Pendidikan TARC kekal sementara tindakan pematuhan syarat dimuktamadkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Yayasan Pendidikan TARC mempunyai kaitan rapat dengan Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology, sebuah institusi pendidikan yang dikenali kerana menawarkan laluan pengajian tinggi pada kos lebih rendah, khususnya kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.<\/p>\n<p>MOF menegaskan pihaknya bersedia membantu memudah cara usaha penambahbaikan yayasan itu bagi memenuhi semua keperluan ditetapkan.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya semua syarat dipenuhi, Yayasan Pendidikan TARC layak untuk mendapat kelulusan pengecualian cukai bagi tempoh penuh 10 tahun, selaras dengan pengumuman kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kementerian itu turut mengingatkan isu berkenaan tidak seharusnya diputarbelitkan kerana kerajaan kekal komited menyokong sektor pendidikan, termasuk peranan dimainkan Yayasan Pendidikan TARC.<\/p>\n<p>\u201cNamun semua kelulusan cukai mesti dibuat mengikut undang-undang, syarat pematuhan dan prinsip tatakelola yang baik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan kerajaan memungkiri janji berhubung pengecualian cukai kepada Yayasan Pendidikan TARC, sebaliknya menjelaskan lanjutan selama tiga tahun diberikan sementara yayasan itu melengkapkan syarat pematuhan yang ditetapkan. Kementerian itu berkata, kelulusan pengecualian cukai bukan diberikan secara automatik, walaupun kerajaan membuka ruang kelulusan sehingga tempoh maksimum 10 tahun kepada institusi, organisasi dan tabung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1914,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[483,482,2316,4333],"authors":[],"class_list":["post-12521","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cukai","tag-mof","tag-pengecualian","tag-yayasan-pendidikan-tarc"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12521","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12521"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12521\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12523,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12521\/revisions\/12523"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1914"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12521"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12521"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12521"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12521"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}