{"id":12524,"date":"2026-07-06T05:25:47","date_gmt":"2026-07-06T05:25:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12524"},"modified":"2026-07-06T05:27:01","modified_gmt":"2026-07-06T05:27:01","slug":"kes-buang-bayi-selangor-rekod-jumlah-paling-tinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-buang-bayi-selangor-rekod-jumlah-paling-tinggi\/","title":{"rendered":"Kes buang bayi: Selangor rekod jumlah paling tinggi"},"content":{"rendered":"<p>Selangor mencatat jumlah kes pembuangan bayi tertinggi di negara ini bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, apabila 10 daripada keseluruhan 18 kes direkodkan di negeri berkenaan.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, dua kes masing-masing direkodkan di Sabah dan Pulau Pinang, manakala Johor, Negeri Sembilan, Perak serta Sarawak mencatatkan satu kes setiap satu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 72 kes pembuangan bayi sepanjang tahun lalu, menunjukkan isu berkenaan masih memerlukan perhatian serius daripada semua pihak termasuk keluarga, komuniti dan agensi kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cBagi tempoh Januari hingga Mac 2026, sebanyak 18 kes pembuangan bayi telah direkodkan. Daripada jumlah itu, 10 kes direkodkan di Selangor,\u201d katanya ketika menjawab soalan Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, semua bayi yang dikendalikan JKM dalam kes berkenaan dilaporkan selamat dan diberikan perlindungan segera mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.<\/p>\n<p>\u201cBayi yang ditinggalkan atau dibuang boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan di bawah Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu pembuangan bayi terus menjadi kebimbangan masyarakat kerana ia sering dikaitkan dengan kehamilan tidak dirancang, tekanan sosial, masalah keluarga, kekurangan sokongan emosi serta ketakutan individu untuk mendapatkan bantuan.<\/p>\n<p>Hui Ying berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi JKM serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan langkah pencegahan, perlindungan dan intervensi bagi menangani masalah itu.<\/p>\n<p>Antara usaha yang dijalankan termasuk program advokasi dan pendidikan masyarakat mengenai tanggungjawab keibubapaan, pengukuhan institusi keluarga, perlindungan kanak-kanak serta kesedaran terhadap kesan sosial dan undang-undang akibat pembuangan bayi.<\/p>\n<p>\u201cKPWKM melaksanakan program advokasi dan pendidikan masyarakat berkaitan tanggungjawab keibubapaan, institusi keluarga, perlindungan kanak-kanak serta implikasi perundangan dan sosial akibat pembuangan bayi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Hui Ying berkata kerajaan belum mempunyai data khusus mengenai jumlah klinik swasta yang dipercayai menjalankan perkhidmatan pengguguran secara haram di seluruh negara.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan sekiranya menerima maklumat daripada orang awam atau mana-mana pihak berhubung aktiviti tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya terdapat sebarang maklumat diterima, KKM akan menjalankan siasatan sewajarnya dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selangor mencatat jumlah kes pembuangan bayi tertinggi di negara ini bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, apabila 10 daripada keseluruhan 18 kes direkodkan di negeri berkenaan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, dua kes masing-masing direkodkan di Sabah dan Pulau Pinang, manakala Johor, Negeri Sembilan, Perak serta Sarawak mencatatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12525,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4335,2292,4334,314,1448],"authors":[],"class_list":["post-12524","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-buang-bayi","tag-keluarga-dan-masyarakat","tag-kementerian-pembangunan-wanita","tag-kes","tag-lim-hui-ying"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12524","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12524"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12524\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12528,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12524\/revisions\/12528"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12525"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12524"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12524"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12524"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12524"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}