{"id":12570,"date":"2026-07-07T05:30:52","date_gmt":"2026-07-07T05:30:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12570"},"modified":"2026-07-07T05:30:52","modified_gmt":"2026-07-07T05:30:52","slug":"subsidi-minyak-umno-juga-ada-menteri-dalam-kabinet-dap-johor-bidas-onn-hafiz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/subsidi-minyak-umno-juga-ada-menteri-dalam-kabinet-dap-johor-bidas-onn-hafiz\/","title":{"rendered":"Subsidi minyak: UMNO juga ada menteri dalam Kabinet, DAP Johor bidas Onn Hafiz"},"content":{"rendered":"<p>DAP Johor membidas Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi yang mendesak Kerajaan Persekutuan memansuhkan kuota bulanan BUDI95, dengan menyifatkan tindakan itu sebagai serangan terhadap dasar kerajaan yang turut diputuskan bersama menteri UMNO dalam Kabinet.<\/p>\n<p>Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata Onn Hafiz dilihat semakin rancak menyerang dasar Kerajaan Madani tanpa menjelaskan keseluruhan fakta kepada rakyat, khususnya berhubung rasional pelaksanaan subsidi minyak bersasar.<\/p>\n<p>Beliau berkata, BUDI95 bukan diwujudkan untuk menyusahkan rakyat, sebaliknya sebagai langkah mengelakkan pengguna menanggung sepenuhnya kenaikan harga petrol apabila harga minyak dunia meningkat akibat ketegangan di Asia Barat dan gangguan rantaian bekalan global.<\/p>\n<p>\u201cApabila harga minyak dunia melonjak, rakyat Malaysia tidak menanggung keseluruhan kenaikan itu. Jika tiada mekanisme seperti BUDI95, rakyat mungkin berdepan harga petrol yang jauh lebih tinggi.<\/p>\n<p>\u201cIni fakta yang perlu diterangkan kepada rakyat, bukan disorok demi mendapatkan laba politik,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Onn Hafiz sebelum ini menggesa kuota bulanan BUDI95 dimansuhkan dengan alasan ia membebankan rakyat, terutama golongan yang menggunakan bahan api lebih tinggi bagi tujuan pekerjaan dan urusan harian.<\/p>\n<p>Namun, Sheikh Omar berkata, pendirian Onn Hafiz menimbulkan persoalan kerana UMNO mempunyai tujuh menteri dalam Kabinet Persekutuan, termasuk pemimpin tertinggi parti yang berada dalam struktur membuat keputusan kerajaan.<\/p>\n<p>Katanya, pemimpin UMNO tidak boleh bertindak seolah-olah mereka berada di luar kerajaan apabila dasar yang dipersetujui bersama menerima reaksi negatif daripada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cParti beliau mempunyai tujuh menteri dalam Kabinet Persekutuan. Ada Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Adakah Onn Hafiz mahu mengatakan mereka semua tidak memahami dasar kerajaan?<\/p>\n<p>\u201cJika benar ada kelemahan, bawalah ke meja perbincangan. Jangan serang secara terbuka seolah-olah UMNO bukan sebahagian daripada kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>BUDI95 diperkenalkan pada September 2025 selepas kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel pada 2024.<\/p>\n<p>Langkah itu antara usaha mengurangkan ketirisan subsidi, membanteras penyeludupan bahan api serta memastikan bantuan kerajaan disalurkan kepada kumpulan yang benar-benar layak.<\/p>\n<p>Sheikh Omar turut mendakwa Onn Hafiz kerap tidak hadir dalam mesyuarat antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri, menyebabkan beliau mungkin tidak mendapat penjelasan lengkap mengenai beberapa keputusan dasar Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Madani tidak pernah kata semua dasar sempurna. Sebab itu pelaksanaan sentiasa dinilai dan ditambah baik.<\/p>\n<p>\u201cNamun Johor memerlukan pemimpin yang membawa penyelesaian, bukan pemimpin yang mengulang retorik cybertrooper apabila mahu mengalih perhatian daripada isu sebenar,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DAP Johor membidas Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi yang mendesak Kerajaan Persekutuan memansuhkan kuota bulanan BUDI95, dengan menyifatkan tindakan itu sebagai serangan terhadap dasar kerajaan yang turut diputuskan bersama menteri UMNO dalam Kabinet. Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata Onn Hafiz dilihat semakin rancak menyerang dasar Kerajaan Madani tanpa menjelaskan keseluruhan fakta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12571,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4344,63,630,74,3847,103,555,4343,296],"authors":[],"class_list":["post-12570","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-budi-madani","tag-dap","tag-johor","tag-minyak","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-prn","tag-ron95","tag-sheikh-omar-ali","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12570","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12570"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12570\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12573,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12570\/revisions\/12573"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12571"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12570"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12570"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12570"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12570"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}