{"id":12591,"date":"2026-07-07T07:59:03","date_gmt":"2026-07-07T07:59:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12591"},"modified":"2026-07-07T07:59:03","modified_gmt":"2026-07-07T07:59:03","slug":"kes-tikam-banting-bapa-mangsa-serah-siasatan-kepada-polis-anak-masih-trauma","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-tikam-banting-bapa-mangsa-serah-siasatan-kepada-polis-anak-masih-trauma\/","title":{"rendered":"Kes tikam Banting: Bapa mangsa serah siasatan kepada polis, anak masih trauma"},"content":{"rendered":"<p>Bapa kepada pelajar perempuan yang ditikam di sebuah sekolah di Banting meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis.<\/p>\n<p>Mohd Firuz Ibrahim, 43, berkata beliau mengambil maklum dakwaan yang tular di media sosial mengenai senarai nama sasaran yang dikatakan ditulis oleh suspek, termasuk nama anaknya yang berusia 15 tahun.<\/p>\n<p>Namun, beliau enggan membuat sebarang kesimpulan awal kerana kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak mahu mengulas lanjut, biar polis jalankan siasatan. Surat itu pun tidak diyakini, kita tidak dapat pastikan kesahihannya,\u201d katanya ketika ditemui di Hospital Banting.<\/p>\n<p>Mohd Firuz turut menolak dakwaan bahawa anaknya terlibat dalam perbuatan membuli suspek yang dipercayai bekas rakan sekelas mangsa.<\/p>\n<p>\u201cSaya ingin tegaskan anak saya bukan pembuli. Dia hanya buat kerja dia sahaja. Kalau keluar rumah pun saya atau ibunya yang hantar, dia tidak pernah keluar sendiri dengan kawan-kawan.<\/p>\n<p>\u201cKalau mahu kata berlaku buli, saya rasa mungkin tidaklah. Kami pun tidak kenal keluarga suspek dan anak saya tidak pernah bercerita mengenai rakan ini. Anak saya seorang pendiam, kalau ditanya baru dia jawab,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata keluarganya bersedia memberi kerjasama kepada polis sekiranya siasatan mendapati terdapat unsur buli atau konflik lain yang menjadi punca kejadian.<\/p>\n<p>Malah, Mohd Firuz berkata beliau juga terbuka untuk bertemu keluarga suspek bagi mendapatkan penjelasan selepas siasatan selesai.<\/p>\n<p>Dalam kejadian pada Isnin, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dilaporkan ditikam oleh seorang pelajar perempuan lain di sebuah sekolah di Banting. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Banting untuk menerima rawatan kecemasan.<\/p>\n<p>Menurut Mohd Firuz, anaknya kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih trauma selepas menjalani rawatan selama kira-kira empat jam di Unit Rawatan Rapi bagi mengeluarkan darah dari paru-parunya.<\/p>\n<p>\u201cSebagai seorang bapa, melihat keadaan anak memang amat menyedihkan. Kami tidak pernah memukulnya, apatah lagi apabila anak ditikam. Tetapi perkara sudah berlaku dan kami reda dengan ketentuan ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata berdasarkan makluman petugas perubatan, anaknya dijangka dibenarkan keluar hospital dalam tempoh seminggu, bergantung kepada tahap pemulihan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Mohd Firuz berharap insiden itu menjadi pengajaran kepada semua pihak, terutama pengurusan sekolah supaya aspek keselamatan pelajar diperkukuh bagi mengelakkan kejadian sama berulang.<\/p>\n<p>Terdahulu, suspek dalam kes tikam itu direman selama empat hari bermula Selasa hingga 10 Julai bagi membantu siasatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bapa kepada pelajar perempuan yang ditikam di sebuah sekolah di Banting meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis. Mohd Firuz Ibrahim, 43, berkata beliau mengambil maklum dakwaan yang tular di media sosial mengenai senarai nama sasaran yang dikatakan ditulis oleh suspek, termasuk nama anaknya yang berusia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9798,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4331,314,974,2065],"authors":[],"class_list":["post-12591","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-banting","tag-kes","tag-sekolah","tag-tikam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12591","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12591"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12591\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12592,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12591\/revisions\/12592"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9798"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12591"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12591"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12591"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12591"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}