{"id":12615,"date":"2026-07-08T05:57:56","date_gmt":"2026-07-08T05:57:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12615"},"modified":"2026-07-08T05:57:56","modified_gmt":"2026-07-08T05:57:56","slug":"pelawat-antarabangsa-cecah-17-5-juta-sektor-pelancongan-malaysia-terus-kukuh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pelawat-antarabangsa-cecah-17-5-juta-sektor-pelancongan-malaysia-terus-kukuh\/","title":{"rendered":"Pelawat antarabangsa cecah 17.5 juta, sektor pelancongan Malaysia terus kukuh"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia merekodkan 17.5 juta ketibaan pelawat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, meningkat 3.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu walaupun industri pelancongan dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata pertumbuhan itu dipacu permintaan kukuh daripada pasaran utama ASEAN, China, Jepun, Australia, Taiwan dan Hong Kong, selain pasaran baharu dari Asia Tengah termasuk Uzbekistan, Kazakhstan dan Turkmenistan.<\/p>\n<p>Beliau berkata konflik di Asia Barat memberi kesan kepada sentimen perjalanan antarabangsa, namun Malaysia masih berjaya mengekalkan momentum positif.<\/p>\n<p>\u201cJika tidak berlaku peperangan di Asia Barat, kita sebenarnya boleh menyasarkan pertumbuhan yang lebih tinggi. Namun, peningkatan 3.4 peratus ini menunjukkan industri pelancongan negara masih kekal berdaya tahan,\u201d katanya selepas majlis pemeteraian Memorandum Kolaborasi antara Tourism Malaysia dan Tripadvisor hari ini.<\/p>\n<p>Memorandum itu dimeterai bersama Pengarah Enterprise Sales Asia Pasifik Tripadvisor, Scott Wegener, bagi memperkukuh promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.<\/p>\n<p>Kerjasama selama dua tahun hingga penghujung 2027 itu memberi peluang kepada Tourism Malaysia menggunakan data prestasi dan cerapan perjalanan Tripadvisor untuk memperkemas strategi pemasaran berasaskan data.<\/p>\n<p>Ia juga membuka ruang kepada kempen penjenamaan bersama, inovasi digital serta program pengiktirafan kecemerlangan industri pelancongan tempatan.<\/p>\n<p>Mohd Amirul Rizal berkata Tourism Malaysia kini memberi fokus lebih besar kepada pasaran serantau dan pasaran berpotensi tinggi seperti China, Jepun, Hong Kong, Taiwan serta Korea Selatan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, katanya, Tourism Malaysia terus bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi memperluas laluan baharu ke Malaysia dan meningkatkan kapasiti penerbangan dari pasaran sasaran.<\/p>\n<p>\u201cMalah di peringkat domestik, kita terus mempergiat produk pelancongan dengan menukar kandungan pakej untuk memastikan produk kita mampu menarik pelancong melancong dalam negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Malaysia memasuki Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan sasaran menarik lebih ramai pelancong asing menerusi promosi pelancongan berasaskan pengalaman, makanan, alam semula jadi, budaya dan destinasi pulau.<\/p>\n<p>Pada majlis sama, Malaysia menerima tiga pengiktirafan Tripadvisor Travellers\u2019 Choice Best of the Best Awards 2026.<\/p>\n<p>Kuala Lumpur disenaraikan antara destinasi makanan terbaik di Asia, Menara Berkembar Petronas diiktiraf antara tarikan pelancongan terbaik di Asia, manakala Pantai Cenang tersenarai antara pantai terbaik di rantau ini.<\/p>\n<p>Mohd Amirul Rizal berkata pengiktirafan tersebut mencerminkan kekuatan produk pelancongan negara dan membantu mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam pasaran pelancongan antarabangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia merekodkan 17.5 juta ketibaan pelawat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, meningkat 3.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu walaupun industri pelancongan dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik. Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata pertumbuhan itu dipacu permintaan kukuh daripada pasaran utama ASEAN, China, Jepun, Australia, Taiwan dan Hong Kong, selain [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":923,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4351,440,4352,1953],"authors":[],"class_list":["post-12615","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-mohd-amirul-rizal-abdul-rahim","tag-pelancongan","tag-tahun-melawat-malaysia-2026","tag-tourism-malaysia"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12615","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12615"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12615\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12617,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12615\/revisions\/12617"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/923"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12615"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12615"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12615"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12615"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}