{"id":1262,"date":"2025-07-03T10:56:23","date_gmt":"2025-07-03T10:56:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1262"},"modified":"2025-07-03T10:56:23","modified_gmt":"2025-07-03T10:56:23","slug":"sprm-mohon-lucut-hak-rm170-juta-dan-16kg-emas-terkait-ismail-sabri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sprm-mohon-lucut-hak-rm170-juta-dan-16kg-emas-terkait-ismail-sabri\/","title":{"rendered":"SPRM mohon lucut hak RM170 juta dan 16kg emas terkait Ismail Sabri"},"content":{"rendered":"<p>Lampu hijau diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucutkan semua aset, termasuk wang tunai RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam &#8216;safehouse&#8217; yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Kesembilan, Ismail Sabri Yaakob.<\/p>\n<p>Tindakan melucut hak itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang akan dibuat pada masa terdekat, bagaimanapun berhubung pertuduhan jenayah terhadap Ismail Sabri pula bergantung kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) sama ada akan dituduh atau dibiarkan sahaja.<\/p>\n<p>\u201cKes ini telah selesai dan kini bergantung kepada TPR untuk membuat sebarang pertuduhan jenayah yang membabitkan Datuk Seri Ismail Sabri.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini, TPR telah bersetuju supaya proses untuk melucut hak aset yang dirampas difailkan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi selepas afidavit dikemukakan,\u201d katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.<\/p>\n<p>Azam berkata, sekiranya Ismail Sabri memilih untuk mencabar permohonan berkenaan di mahkamah, perbicaraan akan dijalankan.<\/p>\n<p>&#8220;Wang ini sekiranya berjaya dilucuthakkan, ia akan menjadi hasil kepada kerajaan. Itu yang diputuskan.<\/p>\n<p>&#8220;Timbalan Pendakwa Raya belum memutuskan ada pertuduhan atau tidak, kita sudah siapkan kerja dan terpulang kepada mereka untuk menilainya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Azam, aset yang akan dilucut hak itu adalah seperti yang telah ditunjukkan kepada wartawan semasa sidang akhbar pada Mac lalu.<\/p>\n<p>Ismail Sabri sebelum ini beberapa kali hadir di ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatannya sebagai perdana menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.<\/p>\n<p>Kes berkenaan disiasat mengikut peruntukan di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lampu hijau diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucutkan semua aset, termasuk wang tunai RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam &#8216;safehouse&#8217; yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Kesembilan, Ismail Sabri Yaakob. Tindakan melucut hak itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang akan dibuat pada masa terdekat, bagaimanapun berhubung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1053,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[115,252,777,775,776,21,128],"authors":[],"class_list":["post-1262","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-azam-baki","tag-ismail-sabri","tag-jongkong-emas","tag-lucuthak","tag-rm170-juta","tag-sprm","tag-wang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1262","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1262"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1262\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1263,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1262\/revisions\/1263"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1053"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1262"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1262"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1262"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1262"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}