{"id":12634,"date":"2026-07-08T08:18:20","date_gmt":"2026-07-08T08:18:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12634"},"modified":"2026-07-08T08:18:20","modified_gmt":"2026-07-08T08:18:20","slug":"balai-undang-rembau-diberi-24-jam-untuk-dikosongkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/balai-undang-rembau-diberi-24-jam-untuk-dikosongkan\/","title":{"rendered":"Balai Undang Rembau diberi 24 jam untuk dikosongkan"},"content":{"rendered":"<p>Pertikaian kedudukan Balai Undang Luak Rembau semakin tegang apabila premis itu menerima notis merah yang mengarahkan pengosongan dalam tempoh 24 jam.<\/p>\n<p>Notis bertarikh 8 Julai itu ditampal di pagar Balai Undang Luak Rembau dan dipercayai dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Rembau.<\/p>\n<p>Arahan terbaharu itu menyusuli surat pengosongan serta-merta yang dikeluarkan Pejabat Tanah dan Daerah Rembau pada 29 Jun lalu terhadap premis berkenaan.<\/p>\n<p>Peguam yang mewakili Dato\u2019 Sedia Raja Abdul Rahim Yasin, Emirul Sarifudin Nor Azmi berkata, tindakan itu dipersoalkan kerana Balai Undang Luak Rembau bukan sekadar sebuah bangunan biasa, sebaliknya menjadi pusat pentadbiran adat Luak Rembau.<\/p>\n<p>Menurutnya, premis itu menempatkan Pejabat Dato\u2019 Undang Luak Rembau serta pejabat Dato\u2019-Dato\u2019 Lembaga Luak Rembau.<\/p>\n<p>\u201cPihak pentadbiran adat Balai Rasmi Undang Luak Rembau hari ini menerima notis merah oleh Pegawai Daerah Rembau untuk mengosongkan premis tersebut dalam tempoh 24 jam.<\/p>\n<p>\u201cTindakan mengarahkan pengosongan dalam tempoh 24 jam itu seolah-olah cubaan untuk menafikan hak serta prerogatif Dato\u2019-Dato\u2019 Lembaga Adat Luak Rembau yang sah dan berkuat kuasa,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Emirul Sarifudin turut mempersoalkan notis berkenaan kerana tidak menyatakan peruntukan undang-undang yang digunakan bagi mengarahkan pengosongan premis tersebut.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Abdul Rahim sebelum ini sudah menghantar surat bertarikh 30 Jun kepada Pegawai Daerah Rembau bagi meminta penjelasan dan dokumen berkaitan arahan itu.<\/p>\n<p>Antara dokumen yang diminta termasuk perintah atau arahan penurunan Abdul Rahim sebagai Undang Luak Rembau, keabsahan pelantikan Hassan Abdul Hamid sebagai Undang Luak Rembau ke-22 serta kuasa undang-undang yang membolehkan Pegawai Daerah mengeluarkan notis pengosongan.<\/p>\n<p>\u201cNamun sehingga hari ini, pihak Pegawai Daerah Rembau masih gagal mengemukakan dokumen-dokumen berkenaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu itu berlaku ketika Luak Rembau berdepan pertikaian berkaitan kedudukan Undang, satu institusi penting dalam sistem adat perpatih Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Institusi Undang mempunyai peranan besar dalam pentadbiran adat, termasuk dalam pemilihan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bersama Undang dari luak lain.<\/p>\n<p>Emirul Sarifudin berkata, semua pihak perlu menghormati proses perundangan dan tidak mengambil tindakan yang boleh mencetuskan kekecohan dalam isu adat.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, penentuan kedudukan Undang Luak Rembau secara adat terletak di bawah prerogatif Dato\u2019-Dato\u2019 Lembaga Tiang Balai Baruh dan Darat Luak Rembau, amalan yang sudah berlangsung lebih 500 tahun.<\/p>\n<p>\u201cPunca kuasa menentukan keabsahan kedudukan Undang dalam Luak Rembau terletak pada Dato\u2019-Dato\u2019 Lembaga dan ia selaras dengan Perkara 14(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, hak dan prerogatif Dato\u2019-Dato\u2019 Lembaga Adat Luak Rembau turut dilindungi di bawah Perkara 32 undang-undang tubuh negeri.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sebarang usaha mendapatkan milikan premis sepatutnya dibuat menerusi mahkamah, bukan menggunakan pendekatan paksaan ketika krisis adat di Negeri Sembilan masih belum reda.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertikaian kedudukan Balai Undang Luak Rembau semakin tegang apabila premis itu menerima notis merah yang mengarahkan pengosongan dalam tempoh 24 jam. Notis bertarikh 8 Julai itu ditampal di pagar Balai Undang Luak Rembau dan dipercayai dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Rembau. Arahan terbaharu itu menyusuli surat pengosongan serta-merta yang dikeluarkan Pejabat Tanah dan Daerah Rembau pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12635,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4357,4358,4085,4359,4360],"authors":[],"class_list":["post-12634","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-balai-undang-luak-rembau","tag-kosong","tag-notis","tag-pegawai-daerah-rembau","tag-pejabat-dato-undang-luak-rembau"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12634","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12634"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12634\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12636,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12634\/revisions\/12636"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12635"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12634"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12634"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12634"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12634"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}