{"id":1264,"date":"2025-07-03T11:08:16","date_gmt":"2025-07-03T11:08:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1264"},"modified":"2025-07-03T14:22:19","modified_gmt":"2025-07-03T14:22:19","slug":"banyak-kejayaan-kerajaan-perpaduan-tak-perlu-anjur-perhimpunan-wanita-pkr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/banyak-kejayaan-kerajaan-perpaduan-tak-perlu-anjur-perhimpunan-wanita-pkr\/","title":{"rendered":"Banyak kejayaan kerajaan perpaduan, tak perlu anjur perhimpunan: Wanita PKR"},"content":{"rendered":"<p>Wanita PKR membidas pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan \u2018Turun Anwar\u2019 dengan menyifatkan ia bertujuan untuk menggugat kestabilan politik negara.<\/p>\n<p>Timbalan Bendahari Wanita Keadilan Pusat, Karen Kasturi mempersoalkan langkah pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan tatkala banyak kejayaan yang dikecapi sejak pentadbiran negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada masa kini.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia kini berada dalam fasa pemulihan dan pembinaan semula pasca-pandemik. Hakikatnya, Kerajaan Madani telah berjaya menstabilkan landskap politik selepas era ketidaktentuan yang berpanjangan, selain melaksanakan dasar ekonomi dan sosial yang lebih inklusif dan berasaskan akauntabiliti.<\/p>\n<p>\u201cKempen ini hanya retorik populis yang gagal mengemukakan sebarang alternatif realistik, sebaliknya hanya mencetuskan keresahan awam dan menjejaskan keyakinan pasaran.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri menunjukkan keberanian memperkukuh integriti pentadbiran. Dasar fiskal berhemah serta pelaburan dalam kebajikan rakyat membuktikan kerajaan berusaha mewujudkan keseimbangan yang tepat,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Karen mengulas rancangan pembangkang untuk menganjurkan demonstrasi pada 26 Julai di Kuala Lumpur, sebagai sebahagian daripada kempen menolak kepimpinan Anwar.<\/p>\n<p>Menurut beliau, peningkatan keyakinan pelabur asing dan prestasi Malaysia dalam pelbagai indeks antarabangsa menjadi bukti negara berada di landasan betul.<\/p>\n<p>\u201cKepimpinan bukan tentang menyenangkan hati semua pihak, sebaliknya memerlukan visi jangka panjang dan keberanian membuat keputusan sukar. Ingatlah, Perdana Menteri memimpin dengan prinsip, bukan tunduk kepada tekanan populis,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Karen turut menyeru agar semua pihak menilai prestasi kerajaan berlandaskan fakta dan bukannya sentimen emosi.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan masa untuk menggugat kestabilan. Inilah masa untuk kita terus berganding bahu membina masa depan yang adil, makmur dan inklusif buat seluruh rakyat Malaysia,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Wanita PKR membidas pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan \u2018Turun Anwar\u2019 dengan menyifatkan ia bertujuan untuk menggugat kestabilan politik negara. Timbalan Bendahari Wanita Keadilan Pusat, Karen Kasturi mempersoalkan langkah pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan tatkala banyak kejayaan yang dikecapi sejak pentadbiran negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada masa kini. \u201cMalaysia kini berada dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1265,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,778,285,661,9,135],"authors":[],"class_list":["post-1264","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-karen-kasturi","tag-madani","tag-perhimpunan","tag-pkr","tag-wanita"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1264","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1264"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1264\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1267,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1264\/revisions\/1267"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1265"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1264"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1264"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1264"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1264"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}