{"id":12651,"date":"2026-07-08T13:32:41","date_gmt":"2026-07-08T13:32:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12651"},"modified":"2026-07-08T16:30:44","modified_gmt":"2026-07-08T16:30:44","slug":"pkr-pahang-dakwa-artikel-fitnah-dibuat-semasa-program-anwar-di-felda-jengka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-pahang-dakwa-artikel-fitnah-dibuat-semasa-program-anwar-di-felda-jengka\/","title":{"rendered":"PKR Pahang dakwa artikel fitnah dibuat semasa program Anwar di FELDA Jengka"},"content":{"rendered":"<p>PKR Pahang menafikan dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dilaung \u201cboo\u201d ketika menghadiri Sambutan Hari Peneroka FELDA Kebangsaan dan Sambutan 70 Tahun FELDA di Stadium Tun Abdul Razak semalam.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan PKR Pahang, Dr Suhaimi Ibrahim berkata, laporan sebuah portal yang mendakwa parti itu kesal Anwar menerima reaksi sedemikian adalah tidak benar, mengelirukan dan bukan kenyataan rasmi daripada PKR negeri itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau sendiri berada di lokasi program dan mengikuti perjalanan majlis dari awal hingga tamat.<\/p>\n<p>\u201cSaya hadir sendiri di Sambutan Hari Peneroka FELDA Kebangsaan dan Sambutan 70 Tahun FELDA. Berdasarkan pemerhatian sepanjang program, tiada insiden seperti yang didakwa berlaku.<\/p>\n<p>\u201cDakwaan Anwar \u2018kena boo\u2019 adalah naratif yang diputarbelitkan dan disensasikan sehingga tidak menggambarkan keadaan sebenar,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari.<\/p>\n<p>Suhaimi berkata, sambutan itu berlangsung dalam suasana meriah, tersusun dan menerima kehadiran puluhan ribu warga FELDA dari seluruh negara.<\/p>\n<p>Katanya, pengumuman berkaitan inisiatif kerajaan serta kebajikan peneroka turut menerima tepukan dan reaksi positif daripada hadirin.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan PKR Pahang tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang dipetik portal berkenaan, termasuk menggunakan bahasa yang dianggap menghina warga FELDA.<\/p>\n<p>\u201cPenggunaan nama KEADILAN Pahang bagi memberi gambaran seolah-olah kenyataan itu datang daripada parti adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan reputasi organisasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Suhaimi menyifatkan penyebaran dakwaan itu lebih menjurus kepada usaha membentuk persepsi politik berbanding menyampaikan laporan secara adil dan beretika.<\/p>\n<p>Beliau menyeru pengamal media serta pengguna media sosial menyemak kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya kepada orang ramai.<\/p>\n<p>\u201cRakyat berhak menerima laporan yang tepat, berintegriti dan berasaskan fakta, bukan berita sensasi atau mengelirukan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sambutan 70 Tahun FELDA di Jengka menjadi antara acara utama bagi menghargai sumbangan peneroka dalam pembangunan luar bandar dan sektor komoditi negara.<\/p>\n<p>Program itu turut menjadi pentas pengumuman beberapa inisiatif berkaitan kebajikan peneroka, generasi baharu FELDA serta usaha memperkukuh masa depan tanah rancangan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR Pahang menafikan dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dilaung \u201cboo\u201d ketika menghadiri Sambutan Hari Peneroka FELDA Kebangsaan dan Sambutan 70 Tahun FELDA di Stadium Tun Abdul Razak semalam. Ketua Penerangan PKR Pahang, Dr Suhaimi Ibrahim berkata, laporan sebuah portal yang mendakwa parti itu kesal Anwar menerima reaksi sedemikian adalah tidak benar, mengelirukan dan bukan kenyataan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12652,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4362,792,291,561,231,972,9],"authors":[],"class_list":["post-12651","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dr-suhaimi-ibrahim","tag-felda","tag-fitnah","tag-laporan","tag-media","tag-pahang","tag-pkr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12651","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12651"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12651\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12653,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12651\/revisions\/12653"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12651"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12651"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12651"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12651"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}