{"id":12685,"date":"2026-07-09T04:37:41","date_gmt":"2026-07-09T04:37:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12685"},"modified":"2026-07-09T04:37:41","modified_gmt":"2026-07-09T04:37:41","slug":"prn-johor-polis-lulus-lebih-4000-permit-kempen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-johor-polis-lulus-lebih-4000-permit-kempen\/","title":{"rendered":"PRN Johor: Polis lulus lebih 4,000 permit kempen"},"content":{"rendered":"<p>Polis Johor meluluskan 4,053 daripada 4,368 permohonan permit bagi ceramah dan aktiviti kempen politik sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, bermula 27 Jun hingga semalam.<\/p>\n<p>Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata kelulusan itu menunjukkan kebanyakan penganjur mematuhi syarat serta prosedur ditetapkan bagi memastikan kempen berjalan lancar dan tidak mengganggu ketenteraman awam.<\/p>\n<p>Bagi tempoh 7 Julai hingga semalam sahaja, beliau berkata polis menerima 884 permohonan permit, dengan 838 daripadanya diluluskan selepas penganjur memenuhi syarat yang ditetapkan.<\/p>\n<p>\u201cKesemua program dan aktiviti politik yang telah diadakan dipantau polis bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Ab Rahaman berkata suasana keselamatan sepanjang proses PRN Johor setakat ini berada dalam keadaan terkawal dan baik, walaupun kempen semakin rancak di seluruh negeri.<\/p>\n<p>PRN Johor ke-16 menyaksikan parti-parti politik mempergiat gerakan akar umbi, termasuk ceramah, program bertemu pengundi, pemasangan bahan kempen dan aktiviti jelajah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.<\/p>\n<p>Namun, polis turut membuka beberapa kertas siasatan susulan laporan berkaitan kesalahan pilihan raya.<\/p>\n<p>Bagi tempoh 7 Julai hingga semalam, sebanyak 17 laporan polis diterima dan empat kertas siasatan dibuka.<\/p>\n<p>Satu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, berkaitan kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.<\/p>\n<p>Satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, membabitkan dakwaan fitnah serta penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.<\/p>\n<p>Dua kes lain pula disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.<\/p>\n<p>Secara keseluruhan, polis menerima 73 laporan sepanjang tempoh 27 Jun hingga semalam dan membuka 22 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya.<\/p>\n<p>Ab Rahaman menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang sepanjang tempoh kempen.<\/p>\n<p>\u201cTindakan akan diambil secara tegas, adil dan berintegriti tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis Johor meluluskan 4,053 daripada 4,368 permohonan permit bagi ceramah dan aktiviti kempen politik sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, bermula 27 Jun hingga semalam. Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata kelulusan itu menunjukkan kebanyakan penganjur mematuhi syarat serta prosedur ditetapkan bagi memastikan kempen berjalan lancar dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Bagi tempoh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11260,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4185,630,185,507,103],"authors":[],"class_list":["post-12685","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ab-rahaman-arsad","tag-johor","tag-kempen","tag-permit","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12685","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12685"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12685\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12686,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12685\/revisions\/12686"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11260"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12685"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12685"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12685"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12685"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}