{"id":12696,"date":"2026-07-09T06:41:11","date_gmt":"2026-07-09T06:41:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12696"},"modified":"2026-07-09T06:41:11","modified_gmt":"2026-07-09T06:41:11","slug":"industri-animasi-malaysia-berjaya-tarik-rm249-2-juta-pelaburan-di-mifa-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/industri-animasi-malaysia-berjaya-tarik-rm249-2-juta-pelaburan-di-mifa-2026\/","title":{"rendered":"Industri animasi Malaysia berjaya tarik RM249.2 juta pelaburan di MIFA 2026"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia meraih nilai pelaburan dan jualan RM249.2 juta menerusi penyertaan di Annecy International Animation Film Festival and Market (MIFA) 2026 di Perancis, jauh melepasi sasaran awal RM100 juta.<\/p>\n<p>Kementerian Komunikasi dalam kenyataan hari ini memaklumkan pencapaian itu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara hab industri animasi dan kandungan kreatif yang semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>Penyertaan negara diterajui kementerian itu bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), dengan penglibatan 11 syarikat animasi tempatan.<\/p>\n<p>Syarikat terbabit membawa harta intelek (IP), kepakaran kreatif serta perkhidmatan animasi tempatan untuk dipromosikan kepada pemain industri dari seluruh dunia.<\/p>\n<p>\u201cKejayaan ini membuktikan kandungan kreatif dan animasi Malaysia semakin mendapat pengiktirafan serta kepercayaan di pasaran antarabangsa,\u201d kata kementerian itu.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan berkenaan, nilai RM249.2 juta itu diperoleh menerusi pelbagai potensi kerjasama termasuk penerbitan bersama, perkhidmatan animasi, pelaburan kandungan kreatif, pengedaran IP dan pembangunan projek baharu.<\/p>\n<p>Ia turut merangkumi peluang membawa masuk produksi antarabangsa ke Malaysia menerusi inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI).<\/p>\n<p>MIFA merupakan antara pasaran animasi paling penting di dunia dan berlangsung sempena Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy.<\/p>\n<p>Acara tahunan itu menghimpunkan studio, penerbit, pengedar, pelabur dan pencipta kandungan dari pelbagai negara bagi mencari projek, rakan kerjasama serta peluang pengedaran baharu.<\/p>\n<p>Penyertaan Malaysia di platform itu dilihat penting dalam usaha memperluas pasaran eksport kandungan kreatif tempatan, selain membuka ruang kepada studio animasi negara untuk menjalin rangkaian dengan syarikat global.<\/p>\n<p>Kementerian Komunikasi berkata, pencapaian kali ini mencerminkan keyakinan pelabur dan rakan strategik antarabangsa terhadap bakat, kreativiti serta ekosistem industri kreatif Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cKementerian komited memperkukuh pembangunan industri kreatif melalui kerjasama strategik dengan agensi dan pemain industri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Usaha itu selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk menjadikan ekonomi kreatif sebagai antara penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara, khususnya melalui penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi, pembangunan IP tempatan dan kemasukan pelaburan asing.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia meraih nilai pelaburan dan jualan RM249.2 juta menerusi penyertaan di Annecy International Animation Film Festival and Market (MIFA) 2026 di Perancis, jauh melepasi sasaran awal RM100 juta. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan hari ini memaklumkan pencapaian itu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara hab industri animasi dan kandungan kreatif yang semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12697,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2453,4224,49,998,690,4225],"authors":[],"class_list":["post-12696","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-animasi","tag-annecy-international-animation-film-festival-and-market","tag-fahmi-fadzil","tag-finas","tag-kementerian-komunikasi","tag-mifa"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12696","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12696"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12696\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12698,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12696\/revisions\/12698"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12697"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12696"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12696"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12696"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12696"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}