{"id":12701,"date":"2026-07-09T08:42:05","date_gmt":"2026-07-09T08:42:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12701"},"modified":"2026-07-09T08:42:05","modified_gmt":"2026-07-09T08:42:05","slug":"pm-thailand-titip-harapan-buat-anwar-menjelang-prn-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pm-thailand-titip-harapan-buat-anwar-menjelang-prn-johor\/","title":{"rendered":"PM Thailand titip harapan buat Anwar menjelang PRN Johor"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menitipkan doa kejayaan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung Sabtu ini.<\/p>\n<p>Ucapan itu disampaikan Anutin ketika mengakhiri sidang media bersama Anwar sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia, hari ini.<\/p>\n<p>\u201cI wish you best of luck.. (Saya mendoakan anda selamat maju jaya untuk pilihan raya akan datang di Johor),\u201d katanya dalam bahasa Inggeris.<\/p>\n<p>PRN Johor menyaksikan 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan.<\/p>\n<p>Anwar, yang memimpin PH, menyifatkan kunjungan Anutin sebagai satu pertemuan yang berlangsung dalam suasana baik dan produktif, selain mencerminkan hubungan rapat antara Malaysia dengan Thailand.<\/p>\n<p>\u201cSilalah datang lagi ke Malaysia kerana anda membuatkan kami begitu selesa, gembira dan tenang.<\/p>\n<p>\u201cPerkara seperti ini tidak berlaku di kebanyakan negara. Ia berlaku kerana Thailand ialah negara yang sangat penting kepada Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Anutin tiba di Malaysia pada pukul 11.11 pagi dan disambut Anwar di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum kedua-dua pemimpin menuju ke Kompleks Perdana Putra untuk mesyuarat dua hala.<\/p>\n<p>Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada perkembangan hubungan Malaysia-Thailand serta usaha memperluas kerjasama dalam beberapa sektor utama termasuk perdagangan dan pelaburan, kesalinghubungan sempadan, keselamatan, pertanian, pelancongan, pendidikan serta hubungan antara rakyat.<\/p>\n<p>Kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, khususnya isu berkaitan ASEAN dan mekanisme kerjasama serantau.<\/p>\n<p>Hubungan Malaysia-Thailand kekal penting kepada rantau ini memandangkan kedua-dua negara berkongsi sempadan darat yang panjang, hubungan perdagangan aktif serta kerjasama rapat dalam isu keselamatan dan pembangunan kawasan sempadan.<\/p>\n<p>Selepas mesyuarat berkenaan, Anwar dan Anutin dijadual menyaksikan majlis menandatangani serta pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertanian.<\/p>\n<p>MoU itu dijangka membuka ruang lebih luas untuk kerjasama sektor makanan dan pertanian antara kedua-dua negara, ketika isu keterjaminan bekalan makanan semakin menjadi perhatian di peringkat serantau.<\/p>\n<p>Anwar turut menjadi tuan rumah majlis makan tengah hari rasmi bagi meraikan Anutin dan delegasi Thailand.<\/p>\n<p>Lawatan Anutin berlangsung ketika Malaysia dan Thailand berusaha memperkukuh hubungan dua hala, termasuk menerusi agenda ekonomi, pengangkutan rentas sempadan serta kerjasama dalam kerangka ASEAN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menitipkan doa kejayaan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung Sabtu ini. Ucapan itu disampaikan Anutin ketika mengakhiri sidang media bersama Anwar sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia, hari ini. \u201cI wish you best of luck.. (Saya mendoakan anda selamat maju jaya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12702,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1613,13,630,48,4368,18,103],"authors":[],"class_list":["post-12701","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anutin-charnvirakul","tag-anwar","tag-johor","tag-lawatan","tag-pm-thailand","tag-pmx","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12701","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12701"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12701\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12703,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12701\/revisions\/12703"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12702"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12701"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12701"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12701"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12701"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}