{"id":12729,"date":"2026-07-09T15:32:00","date_gmt":"2026-07-09T15:32:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12729"},"modified":"2026-07-09T15:32:00","modified_gmt":"2026-07-09T15:32:00","slug":"kereta-bmw-digunakan-aset-lama-kerajaan-bukan-baharu-dibeli-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kereta-bmw-digunakan-aset-lama-kerajaan-bukan-baharu-dibeli-anwar\/","title":{"rendered":"Kereta BMW digunakan aset lama kerajaan, bukan baharu dibeli: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkannya dengan pembelian sebuah kereta mewah BMW baharu untuk kegunaan peribadi.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, kenderaan BMW yang digunakan sebelum ini bukan kereta baharu dibeli olehnya, sebaliknya aset lama milik kerajaan yang digunakan bagi urusan rasmi.<\/p>\n<p>\u201cAda orang cakap Anwar ini cakap nak tolong orang miskin tapi dia beli kereta besar, kereta baharu BMW. Saya tak beli, itu kereta lama. Apa pasal mahu tipu,\u201d katanya ketika berucap pada program Yok! Meriahkan Johor! Undi Harapan di Senggarang malam tadi.<\/p>\n<p>Isu kenderaan rasmi Perdana Menteri kembali menjadi perhatian selepas beberapa hantaran media sosial mendakwa Anwar membeli BMW baharu ketika kerajaan sedang menekankan agenda membantu golongan berpendapatan rendah dan mengawal perbelanjaan awam.<\/p>\n<p>Anwar turut menjelaskan kenderaan Mercedes yang sering digunakan beliau ketika ini merupakan kurniaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan bukan milik peribadinya.<\/p>\n<p>\u201cYang saya pakai sekarang ini, Agong kurnia dan bukan saya ambil sebagai hak milik persendirian. Saya daftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201cJangan fikir saya macam orang lain, sakau dan curi duit rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Jabatan Perdana Menteri bersama Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) memaklumkan BMW yang digunakan Perdana Menteri baru-baru ini ialah aset sedia ada kerajaan.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan itu, kenderaan berkenaan berada di bawah seliaan BIUPA dan dikhususkan untuk keperluan logistik rasmi negara, termasuk urusan protokol serta keselamatan pemimpin negara.<\/p>\n<p>Penjelasan itu dibuat bagi menepis dakwaan kononnya kerajaan membeli kenderaan rasmi baharu untuk Perdana Menteri ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup.<\/p>\n<p>Program di Senggarang itu turut dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain calon Pakatan Harapan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Onn Abu Bakar; Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar; dan Penggaram, Felicia Poh Rui Ling.<\/p>\n<p>Pilihan Raya Negeri Johor dijadual berlangsung Sabtu ini dengan Pakatan Harapan meletakkan calon di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkannya dengan pembelian sebuah kereta mewah BMW baharu untuk kegunaan peribadi. Perdana Menteri berkata, kenderaan BMW yang digunakan sebelum ini bukan kereta baharu dibeli olehnya, sebaliknya aset lama milik kerajaan yang digunakan bagi urusan rasmi. \u201cAda orang cakap Anwar ini cakap nak tolong orang miskin tapi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12730,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,334,4075,374,223,18],"authors":[],"class_list":["post-12729","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-aset","tag-bmw","tag-kerajaan","tag-kereta","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12729","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12729"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12729\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12731,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12729\/revisions\/12731"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12730"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12729"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12729"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12729"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12729"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}