{"id":12743,"date":"2026-07-10T02:25:18","date_gmt":"2026-07-10T02:25:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12743"},"modified":"2026-07-10T02:25:18","modified_gmt":"2026-07-10T02:25:18","slug":"kes-dadah-diiringi-pengawal-peribadi-pelakon-drama-polis-hadir-di-mahkamah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-dadah-diiringi-pengawal-peribadi-pelakon-drama-polis-hadir-di-mahkamah\/","title":{"rendered":"Kes dadah: Diiringi pengawal peribadi, pelakon drama polis hadir di mahkamah"},"content":{"rendered":"<p>Seorang pelakon wanita yang dikenali menerusi drama bertemakan kepolisan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan dadah.<\/p>\n<p>Pelakon berusia 40 tahun itu tiba kira-kira jam 8.49 pagi dengan berpakaian serba hitam serta memakai pelitup muka dengan diiringi empat pengawal peribadi ketika memasuki perkarangan mahkamah.<\/p>\n<p>Difahamkan, wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam badan.<\/p>\n<p>Kes itu susulan serbuan polis ke atas sebuah pusat hiburan tidak berlesen di ibu negara baru-baru ini. Pelakon berkenaan dilaporkan ditahan di salah satu bilik VIP bersama beberapa individu lain ketika operasi dijalankan.<\/p>\n<p>Saringan awal mendapati dia positif amphetamine, methamphetamine dan ketamin.<\/p>\n<p>\u201cPelakon terbabit sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis selepas proses siasatan awal selesai,\u201d menurut sumber yang mengetahui perkembangan kes berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam serbuan sama, polis menahan 14 individu termasuk penjaga premis, tujuh lelaki dan enam wanita bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p>Pemeriksaan turut mendapati pengusaha pusat hiburan terbabit gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah.<\/p>\n<p>Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Kes berkenaan menarik perhatian ramai memandangkan pelakon itu bukan sahaja aktif dalam drama televisyen, malah pernah menyertai sebuah program realiti nyanyian sebelum ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pelakon wanita yang dikenali menerusi drama bertemakan kepolisan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan dadah. Pelakon berusia 40 tahun itu tiba kira-kira jam 8.49 pagi dengan berpakaian serba hitam serta memakai pelitup muka dengan diiringi empat pengawal peribadi ketika memasuki perkarangan mahkamah. Difahamkan, wanita itu akan didakwa mengikut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2626,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[511,4380,3583,58,3404,94],"authors":[],"class_list":["post-12743","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dadah","tag-drama","tag-kelab-malam","tag-mahkamah","tag-pelakon","tag-polis"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12743","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12743"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12743\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12744,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12743\/revisions\/12744"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2626"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12743"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12743"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12743"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12743"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}