{"id":12745,"date":"2026-07-10T02:28:51","date_gmt":"2026-07-10T02:28:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12745"},"modified":"2026-07-10T02:28:51","modified_gmt":"2026-07-10T02:28:51","slug":"5-5-juta-ahli-kwsp-guna-akaun-fleksibel-cecah-hampir-rm20-bilion","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/5-5-juta-ahli-kwsp-guna-akaun-fleksibel-cecah-hampir-rm20-bilion\/","title":{"rendered":"5.5 juta ahli KWSP guna akaun fleksibel, cecah hampir RM20 bilion"},"content":{"rendered":"<p>Sebanyak RM19.87 bilion telah dikeluarkan daripada Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh kira-kira 5.5 juta ahli setakat 31 Mei lalu.<\/p>\n<p>Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan baki simpanan dalam Akaun Fleksibel pula berjumlah RM14.36 bilion pada tempoh sama.<\/p>\n<p>Akaun Fleksibel atau Akaun 3 diperkenalkan KWSP pada 11 Mei 2024 sebagai sebahagian penstrukturan semula sistem akaun simpanan ahli.<\/p>\n<p>Kemudahan itu membolehkan pencarum mengeluarkan simpanan bagi keperluan segera, dengan pengeluaran minimum RM50.<\/p>\n<p>Kementerian itu berkata, laporan penyelidikan bertajuk \u2018Enduring Today, Shaping Tomorrow: Akaun Fleksibel as a Financial Lifeline for Wellbeing\u2019 yang diterbitkan pada April lalu menunjukkan 37 peratus atau sekitar lima juta ahli membuat sekurang-kurangnya satu pengeluaran antara Mei 2024 hingga Oktober 2025.<\/p>\n<p>Sebaliknya, 63 peratus atau 8.4 juta ahli tidak membuat sebarang pengeluaran daripada akaun berkenaan sepanjang tempoh kajian.<\/p>\n<p>\u201cDalam kalangan ahli yang tidak membuat pengeluaran, 44 peratus mempunyai baki simpanan mencukupi tetapi memilih untuk mengekalkan simpanan mereka,\u201d kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Menurut kementerian itu, baki Akaun Fleksibel bagi 56 peratus ahli yang tidak mengeluarkan wang pula sama ada sifar atau terlalu rendah, iaitu kurang daripada jumlah minimum RM50.<\/p>\n<p>Laporan itu turut mendapati pengeluaran Akaun Fleksibel banyak digunakan untuk menampung keperluan hidup, perbelanjaan harian, rawatan kesihatan serta pembayaran hutang.<\/p>\n<p>\u201cAntara tujuan utama pengeluaran adalah bagi memenuhi keperluan harian, diikuti perbelanjaan rawatan kesihatan dan pembayaran hutang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jawapan itu diberikan kepada soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) mengenai usaha kerajaan menjamin daya tahan dana persaraan KWSP susulan trend pengeluaran melalui Akaun Fleksibel.<\/p>\n<p>MOF berkata, analisis KWSP menunjukkan corak pengeluaran semakin stabil selepas fasa awal pelaksanaan Akaun Fleksibel.<\/p>\n<p>Jumlah pengeluaran bulanan dilaporkan menurun secara beransur-ansur kepada purata sekitar RM440 juta sebulan antara Januari hingga Disember 2025.<\/p>\n<p>Bagi memastikan simpanan persaraan ahli terus kukuh, kerajaan dan KWSP akan mengekalkan struktur simpanan teras, memantau trend pengeluaran Akaun Fleksibel serta memperhebat usaha meningkatkan literasi kewangan.<\/p>\n<p>Antara langkah lain termasuk menggalakkan caruman tambahan dan sukarela, mengamalkan pengurusan pelaburan berhemat serta membuat penilaian dasar secara berkala.<\/p>\n<p>\u201cLangkah ini penting bagi memastikan keseimbangan antara keperluan kewangan jangka pendek ahli dan kecukupan simpanan persaraan jangka panjang terus terpelihara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak RM19.87 bilion telah dikeluarkan daripada Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh kira-kira 5.5 juta ahli setakat 31 Mei lalu. Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan baki simpanan dalam Akaun Fleksibel pula berjumlah RM14.36 bilion pada tempoh sama. Akaun Fleksibel atau Akaun 3 diperkenalkan KWSP pada 11 Mei 2024 sebagai sebahagian penstrukturan semula sistem akaun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1917,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1087,4381,488,482,4382],"authors":[],"class_list":["post-12745","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akaun","tag-fleksibel","tag-kwsp","tag-mof","tag-pengeluaran"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12745","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12745"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12745\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12746,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12745\/revisions\/12746"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12745"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12745"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12745"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12745"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}