{"id":12759,"date":"2026-07-10T03:30:27","date_gmt":"2026-07-10T03:30:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12759"},"modified":"2026-07-10T03:30:27","modified_gmt":"2026-07-10T03:30:27","slug":"prosiding-jana-wibawa-muhyiddin-tangguh-abang-ipar-meninggal-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prosiding-jana-wibawa-muhyiddin-tangguh-abang-ipar-meninggal-dunia\/","title":{"rendered":"Prosiding Jana Wibawa Muhyiddin tangguh, abang ipar meninggal dunia"},"content":{"rendered":"<p>Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan projek Jana Wibawa yang dihadapi Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan susulan kematian abang iparnya pada pagi tadi.<\/p>\n<p>Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melapangkan prosiding bagi memberi ruang kepada bekas perdana menteri itu menziarahi arwah serta menunaikan solat jenazah di Johor.<\/p>\n<p>Peguam bela Muhyiddin, Amer Hamzah Arshad, memaklumkan keadaan tersebut kepada mahkamah ketika prosiding bermula.<\/p>\n<p>\u201cPihak pembelaan memohon jasa baik mahkamah untuk mengizinkan anak guam kami menziarahi arwah dan menunaikan solat sunat jenazah di Johor,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memohon perbicaraan hari ini ditangguhkan dan disambung semula pada minggu depan.<\/p>\n<p>Noor Ruwena membenarkan permohonan itu serta menyampaikan ucapan takziah kepada Muhyiddin dan keluarganya. Perbicaraan dijadualkan bersambung Isnin depan, 13 Julai.<\/p>\n<p>Prosiding kes itu kini telah mendengar keterangan daripada 13 saksi pendakwaan. Peguam bela dijadualkan meneruskan sesi soal balas terhadap Pengarah Nepturis Sdn Bhd, Aliza Abdul Malek.<\/p>\n<p>Dalam keterangannya semalam, Aliza berkata beliau diarahkan menyediakan lima surat berasingan kepada Muhyiddin, yang ketika itu perdana menteri, bagi permohonan projek di bawah Program Jana Wibawa.<\/p>\n<p>Aliza, yang juga Eksekutif Kanan Perolehan Nepturis, berkata arahan itu diterima daripada bekas pemilik syarikat berkenaan, Lian Tian Chuan atau dikenali sebagai TC Lian.<\/p>\n<p>Menurutnya, surat-surat itu berkait permohonan projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Selangor. Selain Nepturis, beliau turut menyediakan surat bagi Permata Rebana Sdn Bhd, Fastcoll Corporation Sdn Bhd, JM Letrik Sdn Bhd dan MZ Hakujaya Sdn Bhd.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Aliza berkata beliau tidak mengetahui kepada siapa surat itu diserahkan atau pihak yang dihubungi TC Lian untuk tujuan tersebut.<\/p>\n<p>Kes Jana Wibawa menjadi antara kes berprofil tinggi yang dikaitkan dengan program rangsangan ekonomi kerajaan ketika pandemik Covid-19. Program itu diwujudkan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan dan membantu kontraktor tempatan.<\/p>\n<p>Muhyiddin, 79, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan RM225.3 juta berkaitan projek Jana Wibawa bagi Bersatu.<\/p>\n<p>Wang itu didakwa diterima daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff.<\/p>\n<p>Kesalahan itu didakwa berlaku di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.<\/p>\n<p>Beliau turut menghadapi tiga pertuduhan menerima RM200 juta hasil aktiviti haram daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke akaun bank milik Bersatu antara Februari 2021 hingga Julai 2022.<\/p>\n<p>Bagi pertuduhan rasuah, Muhyiddin didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.<\/p>\n<p>Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, beliau berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun serta denda lima kali nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan projek Jana Wibawa yang dihadapi Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan susulan kematian abang iparnya pada pagi tadi. Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melapangkan prosiding bagi memberi ruang kepada bekas perdana menteri itu menziarahi arwah serta menunaikan solat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":83,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4385,72,58,1590,4384],"authors":[],"class_list":["post-12759","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-abang-ipar","tag-jana-wibawa","tag-mahkamah","tag-muhyiddin-yassin","tag-prosiding"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12759","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12759"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12759\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12760,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12759\/revisions\/12760"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/83"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12759"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12759"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12759"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12759"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}