{"id":1276,"date":"2025-07-04T04:16:47","date_gmt":"2025-07-04T04:16:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1276"},"modified":"2025-07-04T04:16:47","modified_gmt":"2025-07-04T04:16:47","slug":"fitnah-pegawai-atm-menantu-hadi-mula-tindakan-undang-undang-ke-atas-mp-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fitnah-pegawai-atm-menantu-hadi-mula-tindakan-undang-undang-ke-atas-mp-dap\/","title":{"rendered":"Fitnah pegawai ATM: Menantu Hadi mula tindakan undang-undang ke atas MP DAP"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan undang-undang diambil Yang Dipertua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad terhadap Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berhubung dakwaan difitnah oleh pemimpin DAP itu.<\/p>\n<p>Zaharuddin yang juga menantu kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang itu menuntut permohonan maaf terhadap Sim kerana tuduhan menghina pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini.<\/p>\n<p>&#8220;Dia (Sim) telah memfitnah saya menghina ATM, rasis dan seumpamanya. Jadi, hari ini saya hantar surat LOD (surat tuntutan) dan saya tunggu jawapan dia untuk memohon maaf secara terbuka.<\/p>\n<p>&#8220;&#8230;jika kalau kamu mahu bincangkan tentang penghinaan terhadap ATM, itu kamu kata, saya tidak pernah kata (menghina ATM).<\/p>\n<p>&#8220;ATM adalah tentera yang wajib pertahanan, tak ada apa-apa perkataan kenyataan daripada saya yang menghina ATM seperti mana yang kamu dakwa.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi, kita jumpa di mahkamah. Atau kamu memohoh maaf sebagaimana dinyatakan dalam LOD yang saya hantar kepada kamu,&#8221; katanya dalam video pendek yang dimuat naik di akaun Facebooknya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, video itu dibuat semasa Zaharuddin berkunjung ke pusat khidmat Sim di Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menyerahkan LOD tersebut.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, pejabat pusat khidmat Sim ditutup dan Zaharuddin gagal untuk menyerahkan surat berkenaan kepada pegawainya.<\/p>\n<p>Sebelum ini Zaharuddin menarik perhatian ramai dengan hantaran rekaannya mengenai kemunculan seorang lelaki Cina menjadi perdana menteri di negara ini.<\/p>\n<p>Mengiringi hantaran tersebut \u2013 sebagai \u201cgambar hiasan\u201d \u2013 ialah majlis pemakaian pingat leftenan jeneral kepada pegawai kanan ATM, Johnny Lim Eng Seng.<\/p>\n<p>Lim menjadi anggota ATM pertama dalam kalangan orang Cina diberikan pangkat tersebut.<\/p>\n<p>Mengulas isu itu, Sim mendakwa tindakan Zaharuddin membuat \u201ckenyataan jahat\u201d dan mendesak agar tindakan undang-undang dikenakan ke atasnya.<\/p>\n<p>Zaharuddin menafikan dia mempertikaikan pelantikan Lim sebaliknya mahu memberi kesedaran terhadap \u201cbahaya\u201d daripada program Malaysia Rumah Keduaku (MM2). Hantaran tersebut kemudian dipadamkan oleh Zaharuddin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan undang-undang diambil Yang Dipertua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad terhadap Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berhubung dakwaan difitnah oleh pemimpin DAP itu. Zaharuddin yang juga menantu kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang itu menuntut permohonan maaf terhadap Sim kerana tuduhan menghina pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini. &#8220;Dia (Sim) telah memfitnah saya menghina [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1277,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[782,63,579,255,781,780,692],"authors":[],"class_list":["post-1276","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bukit-mertajam","tag-dap","tag-hadi-awang","tag-menantu","tag-mp","tag-steven-sim","tag-zaharuddin-muhammad"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1276","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1276"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1276\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1278,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1276\/revisions\/1278"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1277"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1276"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1276"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1276"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1276"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}