{"id":12776,"date":"2026-07-10T07:24:46","date_gmt":"2026-07-10T07:24:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12776"},"modified":"2026-07-10T10:34:38","modified_gmt":"2026-07-10T10:34:38","slug":"lapan-kerusi-masih-sengit-bn-kekal-mendahului-saingan-prn-johor-ilham-centre","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lapan-kerusi-masih-sengit-bn-kekal-mendahului-saingan-prn-johor-ilham-centre\/","title":{"rendered":"Lapan kerusi masih sengit, BN kekal mendahului saingan PRN Johor: ILHAM Centre"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) dijangka berada dalam kedudukan selesa untuk membentuk kerajaan negeri Johor dengan potensi melepasi majoriti dua pertiga, menurut dapatan kajian terbaru ILHAM Centre menjelang hari pengundian esok.<\/p>\n<p>Kajian lapangan badan penyelidikan itu mengunjurkan BN mendahului di 39 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pakatan Harapan (PH) di sembilan kerusi dan baki lapan kerusi masih dianggap sengit.<\/p>\n<p>ILHAM Centre berkata kelebihan BN banyak didorong oleh gerak kerja awal calon di kawasan, kekuatan jentera pilihan raya serta sokongan pengundi Melayu yang kekal stabil.<\/p>\n<p>\u201cPopulariti Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi yang tinggi merentas kaum dan generasi turut menjadi antara faktor yang mengukuhkan kedudukan BN,\u201d menurut laporan itu.<\/p>\n<p>Kajian itu turut menyifatkan perpecahan sokongan dalam blok pembangkang, kelemahan Perikatan Nasional (PN) sebagai pencabar utama serta kegagalan PH membina naratif kempen yang dominan telah memberi ruang lebih besar kepada BN.<\/p>\n<p>Namun, ILHAM Centre berkata keputusan akhir masih boleh berubah di lapan kerusi yang dikategorikan sebagai sengit, iaitu Tenang, Tangkak, Maharani, Layang-Layang, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Kota Iskandar dan Bukit Batu.<\/p>\n<p>Menurut laporan itu, tiga faktor utama bakal menentukan nasib kerusi tersebut, terutama kadar keluar mengundi dalam kalangan pengundi Cina di kawasan bandar dan separa bandar, selain pengundi Melayu di kerusi campuran.<\/p>\n<p>Arah sokongan penyokong PN juga dilihat penting, khususnya selepas perpecahan PAS dan Bersatu yang dijangka memberi limpahan undi kepada BN di beberapa kawasan.<\/p>\n<p>Selain itu, kira-kira 17 peratus pengundi masih belum membuat keputusan, dengan kelompok itu didominasi pengundi muda yang cenderung membuat pilihan pada saat akhir.<\/p>\n<p>\u201cPengundi muda lebih menilai personaliti dan rekod prestasi calon berbanding jenama parti, selain banyak dipengaruhi kandungan media sosial menjelang hari pengundian,\u201d menurut ILHAM Centre.<\/p>\n<p>Kajian itu dilaksanakan antara 26 Jun hingga 9 Julai lalu bagi menilai sikap, tingkah laku dan kecenderungan akhir pengundi sepanjang kempen PRN Johor.<\/p>\n<p>Seramai 1,250 responden ditemui menerusi kaji selidik bersemuka di seluruh 56 DUN.<\/p>\n<p>Kajian turut melibatkan sembilan kumpulan perbincangan fokus dengan 76 informan serta 18 temu bual mendalam.<\/p>\n<p>ILHAM Centre turut menjalankan analisis terhadap keputusan PRN Johor 2022 dan Pilihan Raya Umum 2022 di negeri itu bagi mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai pola sokongan pengundi.<\/p>\n<p>Kajian menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata merangkumi pelbagai kelompok kaum, jantina, umur, pendidikan, pendapatan, pekerjaan dan lokaliti, dengan ralat kajian sebanyak 2.77 peratus.<\/p>\n<p>PRN Johor kali ini menjadi tumpuan selepas persaingan politik negeri itu menyaksikan BN, PH dan PN masing-masing berusaha menawan sokongan pengundi dalam suasana perubahan hubungan antara parti serta persaingan sengit di beberapa kerusi campuran.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) dijangka berada dalam kedudukan selesa untuk membentuk kerajaan negeri Johor dengan potensi melepasi majoriti dua pertiga, menurut dapatan kajian terbaru ILHAM Centre menjelang hari pengundian esok. Kajian lapangan badan penyelidikan itu mengunjurkan BN mendahului di 39 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pakatan Harapan (PH) di sembilan kerusi dan baki [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12777,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,409,2624,611,100,4069,2525],"authors":[],"class_list":["post-12776","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-dun","tag-ilham-centre","tag-keputusan","tag-kerusi","tag-prn-johor","tag-ramalan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12776","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12776"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12776\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12778,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12776\/revisions\/12778"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12777"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12776"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12776"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12776"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12776"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}