{"id":12796,"date":"2026-07-10T19:35:52","date_gmt":"2026-07-10T19:35:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12796"},"modified":"2026-07-10T19:36:00","modified_gmt":"2026-07-10T19:36:00","slug":"prn-johor-aliran-pengundi-masuk-ke-johor-meningkat-sejak-malam-tadi-tiket-ets-laris","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-johor-aliran-pengundi-masuk-ke-johor-meningkat-sejak-malam-tadi-tiket-ets-laris\/","title":{"rendered":"PRN Johor: Aliran pengundi masuk ke Johor meningkat sejak malam tadi, tiket ETS laris"},"content":{"rendered":"<p>Gelombang kepulangan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin ketara apabila aliran penumpang di pintu masuk negara meningkat, tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) hampir habis dijual, manakala Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa.<\/p>\n<p>Tinjauan di Larkin Sentral dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar mendapati rakyat Johor yang bekerja di Singapura mula pulang sejak awal pagi bagi menunaikan tanggungjawab mengundi esok.<\/p>\n<p>Pengurusan Larkin Sentral memaklumkan jumlah penumpang meningkat antara lima hingga 10 peratus berbanding hari biasa, didorong kepulangan rakyat Malaysia dari Singapura.<\/p>\n<p>Di media sosial pula, ramai pengguna berkongsi keadaan trafik yang sesak di Lebuh Raya Utara-Selatan sebaik meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Johor.<\/p>\n<p>Seorang pengguna Threads, @miclynnn, memuat naik keadaan trafik dengan memaklumkan kesesakan bermula sejurus selepas keluar dari Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>&#8220;Yang kerja kat KL nak balik Nilai guna Plus Highway \u2013 good luck. Jalan sepanjang 40 kilometer itu dipenuhi kesesakan,&#8221; tulisnya.<\/p>\n<p>Seorang lagi pengguna, @premika07, berkata kesesakan berlaku hampir sepanjang perjalanan sejak beliau bertolak dari ibu negara pada sebelah petang.<\/p>\n<p>Pengguna lain, @kaukenapapehaa, turut mendakwa kesesakan bukan sahaja berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Johor Bahru, malah di kedua-dua pintu sempadan Johor-Singapura apabila rakyat Johor dari utara dan selatan berpusu-pusu pulang untuk mengundi.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut merekodkan sambutan luar biasa apabila 95 peratus tiket ETS bagi laluan khas KL Sentral-JB Sentral sempena PRN Johor sudah habis dijual.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Azlan Shah Al Bakri berkata sebanyak 48 perjalanan disediakan bagi laluan KL Sentral-JB Sentral dan Gemas-JB Sentral, dengan separuh daripadanya merupakan perjalanan tambahan.<\/p>\n<p>&#8220;Kami menyediakan 15,960 tempat duduk bagi laluan KL Sentral-JB Sentral, termasuk kira-kira 7,300 tempat duduk menerusi perjalanan tambahan. Setakat ini, 95 peratus tiket sudah habis dijual,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata bagi laluan Gemas-JB Sentral pula, sebanyak 4,400 tempat duduk disediakan dan kira-kira 60 peratus daripadanya telah terjual.<\/p>\n<p>&#8220;Kami menawarkan diskaun 30 peratus bagi laluan Gemas-JB Sentral selain diskaun 50 peratus untuk perkhidmatan Shuttle Selatan yang menghubungkan Johor Bahru dengan Kulai serta laluan Pasir Gudang-Kempas. Kami berharap lebih ramai pengundi memanfaatkan perkhidmatan ini bagi mengurangkan kesesakan jalan raya,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebelum ini menjangkakan lebih 300,000 pengundi luar Johor akan pulang ke negeri itu menjelang hari pengundian, sekali gus menyumbang kepada peningkatan trafik di lebuh raya utama.<\/p>\n<p>PRN Johor ke-16 menyaksikan seramai 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan 2.73 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Sabtu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gelombang kepulangan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin ketara apabila aliran penumpang di pintu masuk negara meningkat, tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) hampir habis dijual, manakala Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa. Tinjauan di Larkin Sentral dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar mendapati rakyat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11260,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3081,630,4393,412,172,103,3226],"authors":[],"class_list":["post-12796","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ets","tag-johor","tag-kesesakan","tag-lebuh-raya","tag-pengundi","tag-prn","tag-tiket"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12796","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12796"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12796\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12797,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12796\/revisions\/12797"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11260"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12796"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12796"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12796"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12796"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}