{"id":12799,"date":"2026-07-11T05:23:52","date_gmt":"2026-07-11T05:23:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12799"},"modified":"2026-07-11T05:41:40","modified_gmt":"2026-07-11T05:41:40","slug":"polis-buka-25-kertas-siasatan-sepanjang-kempen-prn-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-buka-25-kertas-siasatan-sepanjang-kempen-prn-johor\/","title":{"rendered":"Polis buka 25 kertas siasatan sepanjang kempen PRN Johor"},"content":{"rendered":"<p>Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 90 laporan polis dan membuka 25 kertas siasatan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16, namun semua kes disifatkan sebagai kes kecil yang tidak menjejaskan ketenteraman awam.<\/p>\n<p>Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata siasatan yang dijalankan setakat ini tidak membabitkan mana-mana calon pilihan raya atau pemimpin parti politik.<\/p>\n<p>\u201cSehingga semalam, kita menerima 90 laporan polis. Kertas siasatan yang dibuka kebanyakannya membabitkan perkara kecil yang saya percaya tidak akan menimbulkan keresahan atau ketegangan dalam kalangan pengundi serta petugas pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cKebanyakan kes yang disiasat melibatkan perbuatan khianat seperti mencabut, merosakkan atau membakar bendera parti dan beberapa kes seumpamanya,\u201d katanya pada sidang media selepas melawat pusat mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Molek, pada Sabtu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, antara kesalahan yang disiasat melibatkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Kanun Keseksaan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Mohd Khalid memaklumkan seramai 14,000 pegawai dan anggota polis digerakkan sepanjang PRN Johor bagi memastikan proses pengundian berlangsung dengan aman dan teratur.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, katanya, kira-kira 5,600 pegawai dan anggota dibawa masuk dari kontinjen luar bagi membantu Kontinjen Johor mengawal keselamatan di semua 56 kawasan DUN yang dipertandingkan.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini kita menempatkan lebih kurang 5,600 pegawai dan anggota dari kontinjen luar untuk membantu Johor. Proses pengundian berjalan lancar dan keadaan keselamatan berada dalam kawalan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menggalakkan pengundi serta petugas pilihan raya segera membuat laporan polis sekiranya berlaku sebarang insiden atau pelanggaran undang-undang sepanjang proses pilihan raya.<\/p>\n<p>PRN Johor Ke-16 menyaksikan pertandingan bagi kesemua 56 kerusi DUN selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi memberi laluan kepada pembentukan kerajaan negeri yang baharu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 90 laporan polis dan membuka 25 kertas siasatan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16, namun semua kes disifatkan sebagai kes kecil yang tidak menjejaskan ketenteraman awam. Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata siasatan yang dijalankan setakat ini tidak membabitkan mana-mana calon pilihan raya atau pemimpin parti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":394,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1649,630,185,1470,561,627,103],"authors":[],"class_list":["post-12799","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aduan","tag-johor","tag-kempen","tag-ketua-polis-negara","tag-laporan","tag-mohd-khalid-ismail","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12799","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12799"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12799\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12800,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12799\/revisions\/12800"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/394"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12799"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12799"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12799"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12799"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}