{"id":12849,"date":"2026-07-11T16:58:36","date_gmt":"2026-07-11T16:58:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12849"},"modified":"2026-07-11T16:58:36","modified_gmt":"2026-07-11T16:58:36","slug":"bersama-kecundang-di-johor-semua-calon-hilang-deposit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersama-kecundang-di-johor-semua-calon-hilang-deposit\/","title":{"rendered":"Bersama kecundang di Johor, semua calon hilang deposit"},"content":{"rendered":"<p>Parti Bersama gagal mencipta kejutan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila kesemua 15 calonnya hilang wang deposit selepas tidak memperoleh sekurang-kurangnya 12.5 peratus undi di kerusi yang ditandingi.<\/p>\n<p>Pengasas Bersama, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan analisis awal daripada Borang 14 yang diterima, calon parti itu hanya meraih purata antara tiga hingga enam peratus undi, sekali gus gagal mencapai sasaran minimum untuk mengekalkan deposit.<\/p>\n<p>&#8220;Ini bermakna kesemua calon Bersama hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5 peratus. Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15 peratus undi,&#8221; katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor yang keluar mengundi serta memberi sokongan kepada calon-calon Bersama, walaupun parti itu baru berusia 52 hari ketika berdepan pilihan raya pertamanya.<\/p>\n<p>Menurut Rafizi, penelitian awal mendapati berlaku peralihan sokongan yang ketara kepada Barisan Nasional (BN) membabitkan pelbagai kelompok pengundi tanpa mengira umur dan kaum.<\/p>\n<p>Katanya, perubahan corak pengundian itu bukan sahaja memberi kelebihan kepada BN, malah turut menjejaskan prestasi parti-parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Bersama dan Muda.<\/p>\n<p>&#8220;Di pihak Bersama, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambah baik pendekatan dalam memenangi hati pengundi pada masa hadapan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Walaupun keputusan itu mengecewakan, Rafizi menyifatkan pengalaman berkempen dalam PRN Johor sebagai proses pembelajaran penting untuk membina asas parti yang masih baharu.<\/p>\n<p>Bersama ditubuhkan selepas Rafizi meninggalkan PKR dan mengambil alih Parti Bersama Malaysia sebagai platform politik baharu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Bersama gagal mencipta kejutan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila kesemua 15 calonnya hilang wang deposit selepas tidak memperoleh sekurang-kurangnya 12.5 peratus undi di kerusi yang ditandingi. Pengasas Bersama, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan analisis awal daripada Borang 14 yang diterima, calon parti itu hanya meraih purata antara tiga hingga enam peratus undi, sekali [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12850,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3978,4402,2588,630,103,209],"authors":[],"class_list":["post-12849","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersama","tag-deposit","tag-hilang","tag-johor","tag-prn","tag-rafizi-ramli"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12849","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12849"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12849\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12851,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12849\/revisions\/12851"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12850"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12849"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12849"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12849"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12849"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}