{"id":12862,"date":"2026-07-12T04:18:35","date_gmt":"2026-07-12T04:18:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12862"},"modified":"2026-07-12T04:31:01","modified_gmt":"2026-07-12T04:31:01","slug":"spr-siasat-gambar-kertas-undi-dipangkah-tular","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/spr-siasat-gambar-kertas-undi-dipangkah-tular\/","title":{"rendered":"SPR siasat gambar kertas undi dipangkah tular"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti isu penularan gambar kertas undi yang sudah dipangkah dan dimuat naik ke media sosial bagi mengenal pasti sama ada perbuatan itu dilakukan oleh pengundi biasa atau pengundi pos.<\/p>\n<p>Pengerusi SPR, Ramlan Harun berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan lokasi sebenar gambar berkenaan dirakam, sama ada di dalam bilik saluran mengundi ketika proses pengundian berlangsung atau melibatkan pengundi pos.<\/p>\n<p>&#8220;Kita ada melihat beberapa media sosial dan beberapa pihak ada yang memuat naik gambar itu (kertas undi sudah dipangkah).<\/p>\n<p>&#8220;Bagaimanapun, kita tidak dapat memastikan sama ada gambar-gambar itu memang diambil dalam bilik ketika undian biasa atau mungkin dilakukan oleh pihak-pihak yang mengundi pos.<\/p>\n<p>&#8220;Perkara ini akan kita teliti dengan lebih terperinci supaya pada masa akan datang, terutama melibatkan pengundi biasa, perkara seperti ini tidak berulang,&#8221; katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama SPR di Bangunan Sultan Ismail, tengah malam tadi.<\/p>\n<p>Beliau menjawab pertanyaan media mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap individu yang memuat naik gambar kertas undi yang telah dipangkah untuk tatapan umum.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Ramlan memaklumkan SPR akan meneruskan inisiatif menyiarkan keputusan tidak rasmi pilihan raya secara langsung menerusi platform media sosial selepas menerima maklum balas positif daripada orang ramai.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendekatan itu pertama kali dilaksanakan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan didapati membantu orang ramai memperoleh maklumat dengan lebih pantas serta tepat.<\/p>\n<p>&#8220;Kita berkongsi maklumat yang kita ada kerana data itu bukan lagi maklumat rahsia, sebaliknya diperoleh daripada Borang 14.<\/p>\n<p>&#8220;Kita rasa lebih sesuai berkongsi keputusan tidak rasmi mengikut data yang kita ada. Kita akan meneliti jika timbul sebarang isu, namun setakat ini inisiatif itu banyak memberi manfaat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>PRN Johor Ke-16 yang berlangsung semalam menyaksikan Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar apabila menguasai 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus membentuk kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Pakatan Harapan (PH) pula memenangi lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) dan parti-parti lain gagal meraih sebarang kerusi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti isu penularan gambar kertas undi yang sudah dipangkah dan dimuat naik ke media sosial bagi mengenal pasti sama ada perbuatan itu dilakukan oleh pengundi biasa atau pengundi pos. Pengerusi SPR, Ramlan Harun berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan lokasi sebenar gambar berkenaan dirakam, sama ada di dalam bilik saluran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[630,2461,103,1394,56],"authors":[],"class_list":["post-12862","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-johor","tag-kertas-undi","tag-prn","tag-spr","tag-tular"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12862","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12862"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12862\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12863,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12862\/revisions\/12863"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12862"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12862"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12862"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12862"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}