{"id":12886,"date":"2026-07-13T05:00:42","date_gmt":"2026-07-13T05:00:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12886"},"modified":"2026-07-13T05:00:42","modified_gmt":"2026-07-13T05:00:42","slug":"malaysia-bida-kerusi-majlis-keselamatan-pbb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-bida-kerusi-majlis-keselamatan-pbb\/","title":{"rendered":"Malaysia bida kerusi Majlis Keselamatan PBB"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia secara rasmi mengemukakan pencalonan untuk kembali menduduki kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi penggal 2036 hingga 2037, sekali gus meneruskan hasrat negara memainkan peranan lebih besar dalam usaha memelihara keamanan dan keselamatan dunia.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Luar, Lukanisman Awang Sauni berkata, pencalonan itu dibuat berasaskan pengalaman Malaysia yang pernah menganggotai UNSC sebanyak empat kali sebelum ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sekiranya dipilih, Malaysia akan memberi tumpuan kepada usaha memperbaharui sistem UNSC, termasuk memperjuangkan pemansuhan atau sekurang-kurangnya mengehadkan penggunaan kuasa veto oleh lima anggota tetap majlis itu.<\/p>\n<p>\u201cSekurang-kurangnya, kuasa veto tidak sepatutnya digunakan dalam kes yang melibatkan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa, seperti jenayah perang, pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan,\u201d katanya ketika menjawab soalan Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) di Dewan Rakyat pada Isnin.<\/p>\n<p>Beliau berkata, penggunaan kuasa veto secara berulang kali telah menjejaskan kredibiliti UNSC dan menghalang badan itu daripada melaksanakan tanggungjawab menjaga keamanan serta keselamatan antarabangsa, termasuk dalam menangani konflik di Gaza.<\/p>\n<p>Lukanisman turut memaklumkan Malaysia menyokong cadangan menambah bilangan anggota tetap dan tidak tetap UNSC supaya perwakilan serantau menjadi lebih seimbang serta mencerminkan landskap geopolitik dunia masa kini.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai Resolusi 76\/262 Perhimpunan Agung PBB yang diluluskan pada April 2022, beliau berkata setiap penggunaan kuasa veto kini perlu disusuli sidang Perhimpunan Agung PBB dalam tempoh 10 hari bekerja.<\/p>\n<p>\u201cAnggota tetap yang menggunakan kuasa veto juga perlu memberi penjelasan kepada negara anggota PBB berhubung keputusan tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengingatkan sebarang pindaan terhadap Piagam PBB memerlukan sokongan dua pertiga negara anggota selain ratifikasi daripada kelima-lima anggota tetap UNSC.<\/p>\n<p>Beliau turut bertanya sama ada Malaysia bersedia mengetuai gabungan negara yang berkongsi pendirian sama bagi mendesak penggunaan kuasa veto dihadkan.<\/p>\n<p>Menjawab perkara itu, Lukanisman berkata Kementerian Luar akan meneliti cadangan tersebut, namun mengakui usaha membentuk gabungan antarabangsa memerlukan masa serta sokongan yang kukuh daripada negara-negara anggota.<\/p>\n<p>Jika berjaya dipilih, Malaysia akan berkhidmat selama dua tahun sebagai anggota tidak tetap UNSC dan berpeluang mengundi dalam pelbagai keputusan penting berkaitan konflik antarabangsa, sekatan ekonomi, operasi pengaman serta isu yang melibatkan ancaman terhadap keamanan dunia.<\/p>\n<p>Malaysia kali terakhir menganggotai UNSC bagi penggal 2015 hingga 2016. Sebelum itu, negara turut dipilih sebagai anggota tidak tetap pada 1965, 1989 hingga 1990 serta 1999 hingga 2000.<\/p>\n<p>Kerusi anggota tidak tetap bagaimanapun tidak mempunyai kuasa veto. Keistimewaan itu hanya dimiliki lima anggota tetap UNSC, iaitu China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia secara rasmi mengemukakan pencalonan untuk kembali menduduki kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi penggal 2036 hingga 2037, sekali gus meneruskan hasrat negara memainkan peranan lebih besar dalam usaha memelihara keamanan dan keselamatan dunia. Timbalan Menteri Luar, Lukanisman Awang Sauni berkata, pencalonan itu dibuat berasaskan pengalaman Malaysia yang pernah menganggotai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12887,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[100,1971,4404,38,4406,4405],"authors":[],"class_list":["post-12886","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kerusi","tag-lukanisman-awang-sauni","tag-majlis-keselamatan-pertubuhan-bangsa-bangsa-bersatu","tag-malaysia","tag-timbalan-menteri-luar","tag-unsc"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12886","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12886"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12886\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12888,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12886\/revisions\/12888"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12887"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12886"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12886"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12886"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12886"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}