{"id":12889,"date":"2026-07-13T05:02:39","date_gmt":"2026-07-13T05:02:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12889"},"modified":"2026-07-13T05:02:39","modified_gmt":"2026-07-13T05:02:39","slug":"amk-dakwa-parti-bersama-bantu-kemenangan-bn-di-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-dakwa-parti-bersama-bantu-kemenangan-bn-di-johor\/","title":{"rendered":"AMK dakwa Parti Bersama bantu kemenangan BN di Johor"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dipengaruhi peranan Parti Bersama yang didakwa memecahkan undi Pakatan Harapan (PH), sekali gus memberi kelebihan kepada gabungan itu.<\/p>\n<p>Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol mendakwa strategi Parti Bersama yang dipimpin Rafizi Ramli bukan sahaja gagal mencabar BN, malah menyebabkan undi penyokong reformasi berpecah.<\/p>\n<p>\u201cSaya harap mereka sudah boleh tutup kedai selepas ini apabila misi membalas dendam kepada PH, khususnya di Johor, telah berjaya.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga berharap Rafizi berpuas hati dengan pencapaian itu walaupun berhabis puluhan ribu ringgit untuk bertanding tetapi akhirnya kehilangan deposit,\u201d katanya dalam kenyataan pada Isnin.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa penyokong PH supaya tidak lagi bersimpati terhadap Parti Bersama kerana mendakwa tindakan parti itu hanya menguntungkan pihak lawan, terutama menjelang PRN Negeri Sembilan dan Melaka.<\/p>\n<p>Menurut Dzul Hilmi, keputusan PRN Johor menunjukkan Parti Bersama gagal menarik sokongan pengundi, sebaliknya hanya memecahkan undi penyokong PH.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan pilihan raya jelas menunjukkan siapa yang paling mendapat manfaat daripada perpecahan ini. Apabila undi penyokong reformasi berpecah, pihak yang paling untung ialah BN.<\/p>\n<p>\u201cApa yang dilihat sepanjang kempen juga lebih tertumpu kepada menyerang PH dan PKR berbanding mengemukakan tawaran baharu yang mampu meyakinkan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kegagalan Parti Bersama memperoleh sokongan sehingga ramai calonnya hilang wang deposit sepatutnya menjadi ruang untuk parti itu melakukan muhasabah.<\/p>\n<p>Katanya, semua pihak yang mendukung agenda reformasi perlu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh PH serta memastikan kepentingan rakyat terus menjadi keutamaan, bukannya membuka ruang kepada BN dan PAS mengukuhkan kedudukan.<\/p>\n<p>\u201cKepada seluruh penyokong PH dan PKR, marilah kita mengambil iktibar daripada keputusan ini.<\/p>\n<p>\u201cPerpecahan hanya menguntungkan pihak lawan, manakala perpaduan merupakan kekuatan utama untuk meneruskan agenda reformasi demi masa depan negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, pemimpin DAP, Tony Pua dilaporkan mendakwa beberapa kerusi PH seperti Perling, Stulang dan Bukit Batu antara kawasan yang terjejas akibat pertandingan Parti Bersama, sekali gus menyumbang kepada perpecahan undi.<\/p>\n<p>Pada PRN Johor yang berlangsung Sabtu lalu, BN berjaya mempertahankan pentadbiran negeri dengan kemenangan besar, manakala Parti Bersama gagal memenangi sebarang kerusi dan beberapa calonnya turut hilang wang deposit.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dipengaruhi peranan Parti Bersama yang didakwa memecahkan undi Pakatan Harapan (PH), sekali gus memberi kelebihan kepada gabungan itu. Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol mendakwa strategi Parti Bersama yang dipimpin Rafizi Ramli bukan sahaja gagal mencabar BN, malah menyebabkan undi penyokong [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12850,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,3978,4066,630,103,209,4407],"authors":[],"class_list":["post-12889","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-bersama","tag-dzul-hilmi-zainol","tag-johor","tag-prn","tag-rafizi-ramli","tag-undi-pecah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12889","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12889"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12889\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12890,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12889\/revisions\/12890"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12850"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12889"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12889"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12889"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12889"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}