{"id":12902,"date":"2026-07-13T08:58:04","date_gmt":"2026-07-13T08:58:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12902"},"modified":"2026-07-13T08:58:22","modified_gmt":"2026-07-13T08:58:22","slug":"lembah-klang-catat-100-lokasi-panas-warga-asing-imigresen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lembah-klang-catat-100-lokasi-panas-warga-asing-imigresen\/","title":{"rendered":"Lembah Klang catat 100 lokasi panas warga asing: Imigresen"},"content":{"rendered":"<p>Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengenal pasti lebih 200 lokasi hotspot penempatan dan aktiviti warga asing di seluruh negara, dengan kira-kira 100 daripadanya berada di sekitar Lembah Klang.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban berkata, lokasi seperti Jalan Kenanga di ibu negara antara kawasan yang menjadi tumpuan penguatkuasaan susulan kehadiran ramai warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.<\/p>\n<p>&#8220;Kita mengenal pasti lebih 200 hotspot di seluruh negara dan sekurang-kurangnya 100 berada di Lembah Klang. Jalan Kenanga juga merupakan salah satu hotspot warga asing.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tidak akan berkompromi dan tidak akan memberi ruang kepada warga asing berada di negara ini secara tidak sah atau berleluasa,&#8221; katanya selepas Op Mega di Jalan Kenanga hari ini.<\/p>\n<p>Operasi yang bermula Ahad itu melibatkan 876 pegawai daripada JIM dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/p>\n<p>Sepanjang operasi, seramai 2,260 individu termasuk warga asing dan majikan diperiksa, manakala 503 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, 408 adalah lelaki dan 95 wanita, terdiri daripada 290 warga Bangladesh, 101 warga Myanmar, 66 warga Indonesia, 38 warga Nepal, 36 warga India serta 10 individu dari negara lain.<\/p>\n<p>Menurut Zakaria, JIM turut mengeluarkan Borang 29 kepada 120 individu bagi membantu siasatan sebagai saksi.<\/p>\n<p>Beliau berkata, semua yang ditahan akan ditempatkan di depot tahanan imigresen di seluruh negara bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.<\/p>\n<p>Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan, melanggar syarat pas serta memiliki kad yang tidak diiktiraf.<\/p>\n<p>&#8220;Kesalahan paling banyak dikesan ialah tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas kerja. Ada yang memiliki pas untuk sektor pembinaan tetapi bekerja di kedai kain atau premis pakaian,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Zakaria turut memaklumkan JIM menahan beberapa pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi membolehkan semakan dibuat untuk mengesahkan ketulenan dokumen berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara agresif di seluruh negara, terutama di kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot warga asing.<\/p>\n<p>Op Mega merupakan antara operasi berskala besar JIM bagi membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI), penyalahgunaan pas imigresen dan pelanggaran syarat permit kerja.<\/p>\n<p>Operasi bersepadu itu dilaksanakan secara berkala dengan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta menangani aktiviti warga asing yang berada di negara ini secara tidak sah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengenal pasti lebih 200 lokasi hotspot penempatan dan aktiviti warga asing di seluruh negara, dengan kira-kira 100 daripadanya berada di sekitar Lembah Klang. Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban berkata, lokasi seperti Jalan Kenanga di ibu negara antara kawasan yang menjadi tumpuan penguatkuasaan susulan kehadiran ramai warga asing yang disyaki melakukan pelbagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12903,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2106,4409,3305,449,1196],"authors":[],"class_list":["post-12902","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dokumen","tag-jabatan-imigresen-malaysia","tag-jim","tag-lembah-klang","tag-warga-asing"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12902","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12902"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12902\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12905,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12902\/revisions\/12905"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12903"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12902"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12902"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12902"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12902"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}