{"id":12916,"date":"2026-07-13T12:25:09","date_gmt":"2026-07-13T12:25:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12916"},"modified":"2026-07-13T12:25:09","modified_gmt":"2026-07-13T12:25:09","slug":"pemegang-kad-unhcr-tetap-tertakluk-kepada-undang-undang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemegang-kad-unhcr-tetap-tertakluk-kepada-undang-undang\/","title":{"rendered":"Pemegang kad UNHCR tetap tertakluk kepada undang-undang"},"content":{"rendered":"<p>Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tetap tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan tidak menikmati sebarang imuniti jika melakukan kesalahan jenayah.<\/p>\n<p>Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kad UNHCR bukan dokumen kewarganegaraan, justeru mana-mana individu yang melanggar undang-undang akan disiasat serta dikenakan tindakan mengikut peruntukan sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cKad UNHCR bukan dokumen kewarganegaraan dan tidak memberikan imuniti daripada undang-undang Malaysia. Mana-mana individu yang melakukan kesalahan tetap akan disiasat dan diambil tindakan,\u201d katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global yang disiarkan menerusi Facebook Kementerian Ekonomi pada hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, perkara itu dibentangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara susulan kebimbangan orang ramai mengenai pengurusan pelarian, termasuk isu dokumentasi, sindiket pemerdagangan manusia serta kesannya terhadap keselamatan komuniti setempat.<\/p>\n<p>Akmal berkata, Jabatan Imigresen kini melaksanakan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian yang merangkumi pendaftaran biometrik, proses saringan, kawalan dan penguatkuasaan bagi memperkemaskan pengurusan pelarian di negara ini.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan operasi bersepadu untuk membanteras penyeludupan, pemerdagangan manusia, penyalahgunaan dokumen dan kemasukan melalui lorong haram akan dipertingkat.<\/p>\n<p>\u201cAnalitik data dan teknologi pemantauan akan dimanfaatkan bagi mengesan risiko serta menyokong tindakan penguatkuasaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam usaha memperkukuh kawalan sempadan, kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada beberapa agensi bagi melaksanakan projek berkaitan keselamatan dan kawalan di pintu masuk negara.<\/p>\n<p>Selain itu, peluasan operasi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan turut dipercepat bagi menyeragamkan pengurusan serta penguatkuasaan di seluruh sempadan negara.<\/p>\n<p>Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim itu turut memberi perhatian kepada isu keterjaminan makanan dan daya tahan sektor pembuatan dalam menghadapi tekanan rantaian bekalan global.<\/p>\n<p>Isu pengurusan pelarian sering menjadi perhatian di Malaysia memandangkan negara ini bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951.<\/p>\n<p>Justeru, pemegang kad UNHCR tidak diberi taraf sebagai warganegara atau pemastautin tetap, sebaliknya berfungsi sebagai dokumen pengenalan kepada individu yang berdaftar dengan agensi berkenaan sementara menunggu penempatan semula ke negara ketiga.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tetap tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan tidak menikmati sebarang imuniti jika melakukan kesalahan jenayah. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kad UNHCR bukan dokumen kewarganegaraan, justeru mana-mana individu yang melanggar undang-undang akan disiasat serta dikenakan tindakan mengikut peruntukan sedia ada. \u201cKad UNHCR bukan dokumen [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12917,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3368,22,173,3526,4252,4166,4415],"authors":[],"class_list":["post-12916","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akmal-nasrullah-mohd-nasir","tag-kdn","tag-menteri-ekonomi","tag-mten","tag-pelarian","tag-rohingya","tag-unhcr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12916","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12916"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12916\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12918,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12916\/revisions\/12918"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12916"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12916"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12916"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12916"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}