{"id":12963,"date":"2026-07-14T10:41:21","date_gmt":"2026-07-14T10:41:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12963"},"modified":"2026-07-14T10:41:21","modified_gmt":"2026-07-14T10:41:21","slug":"saksi-sebahagian-rm13-8-juta-disumbang-kepada-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/saksi-sebahagian-rm13-8-juta-disumbang-kepada-bersatu\/","title":{"rendered":"Saksi: Sebahagian RM13.8 juta disumbang kepada Bersatu"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu sebahagian daripada wang berjumlah RM13.8 juta yang dipindahkan sebuah syarikat pembinaan kepada syarikat milik ahli keluarga akhirnya disumbangkan kepada Bersatu.<\/p>\n<p>Pengarah Sutracom Sdn Bhd (SSB), Shahrin Shamsuddin, berkata syarikatnya membuat sembilan transaksi berjumlah RM13.8 juta kepada Mamfor Sdn Bhd, milik abangnya, Shahradzi, antara 13 September 2021 hingga 14 November 2022.<\/p>\n<p>Menurut saksi pendakwaan ke-15 itu, tujuan asal pemindahan berkenaan adalah bagi menyelesaikan hutang lapuk serta menampung perbelanjaan operasi Mamfor, Majulia Sdn Bhd, SSB dan beberapa syarikat lain milik keluarganya.<\/p>\n<p>&#8220;Saya hanya tahu sebahagian wang yang dipindahkan ke Mamfor Sdn Bhd disumbangkan kepada Bersatu ketika perbincangan keluarga selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak pasti berapa jumlah yang digunakan untuk membayar hutang, perbelanjaan operasi atau disumbangkan kepada Bersatu. Saya memberi kepercayaan kepada abang saya untuk menguruskan penyelesaian hutang dan perbelanjaan syarikat keluarga,&#8221; katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat.<\/p>\n<p>Menjawab soalan pendakwa, Shahrin menegaskan tidak pernah memberi kebenaran kepada abangnya untuk menyalurkan wang itu kepada Bersatu.<\/p>\n<p>&#8220;Tiada,&#8221; katanya ketika ditanya sama ada beliau membenarkan wang tersebut dipindahkan kepada parti politik berkenaan atau bersetuju ia dijadikan sumbangan.<\/p>\n<p>Shahrin turut mengesahkan beliau sendiri menguruskan transaksi pemindahan wang secara dalam talian.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, ketika disoal balas peguam K. Kumaraendran yang mewakili Muhyiddin Yassin, saksi bersetuju Muhyiddin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan SSB atau Mamfor, selain tiada kepentingan kewangan dalam kedua-dua syarikat itu.<\/p>\n<p>Dalam keterangannya, Shahrin turut mengesahkan kewujudan surat bertarikh 5 Mac 2021 yang dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri bagi memohon pertimbangan menyertai tender prakelayakan projek Membina dan Menaik Taraf Lingkaran Pulau Indah Fasa 3 di Klang.<\/p>\n<p>Beliau berkata, cadangan menghantar surat itu dibuat bapanya dalam satu perbincangan keluarga, manakala surat berkenaan disediakan dan ditandatangani oleh abang sulungnya sebagai amalan biasa memohon pertimbangan bagi projek kerajaan.<\/p>\n<p>Shahrin berkata, SSB kemudian menerima e-mel daripada Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan pada 26 Mac 2021 memaklumkan syarikat itu disenaraikan untuk penilaian prakelayakan.<\/p>\n<p>Beliau turut mengesahkan SSB menerima pelawaan tender pada 26 November 2021 sebelum memperoleh Surat Setuju Terima (SST) daripada Jabatan Kerja Raya pada 8 Oktober 2022 bagi melaksanakan projek bernilai RM605.2 juta itu.<\/p>\n<p>Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung esok.<\/p>\n<p>Muhyiddin sedang dibicarakan atas tujuh pertuduhan membabitkan dakwaan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan projek Jana Wibawa.<\/p>\n<p>Beliau sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan perbicaraan masih berjalan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu sebahagian daripada wang berjumlah RM13.8 juta yang dipindahkan sebuah syarikat pembinaan kepada syarikat milik ahli keluarga akhirnya disumbangkan kepada Bersatu. Pengarah Sutracom Sdn Bhd (SSB), Shahrin Shamsuddin, berkata syarikatnya membuat sembilan transaksi berjumlah RM13.8 juta kepada Mamfor Sdn Bhd, milik abangnya, Shahradzi, antara 13 September 2021 hingga 14 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":83,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,72,58,1590,621,21],"authors":[],"class_list":["post-12963","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-jana-wibawa","tag-mahkamah","tag-muhyiddin-yassin","tag-perbicaraan","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12963","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12963"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12963\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12964,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12963\/revisions\/12964"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/83"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12963"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12963"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12963"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12963"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}