{"id":1297,"date":"2025-07-05T03:56:27","date_gmt":"2025-07-05T03:56:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1297"},"modified":"2025-07-05T03:56:27","modified_gmt":"2025-07-05T03:56:27","slug":"mereka-dibuang-digantung-perlu-buang-ego-untuk-kembali-bersama-umno-akmal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mereka-dibuang-digantung-perlu-buang-ego-untuk-kembali-bersama-umno-akmal\/","title":{"rendered":"Mereka dibuang, digantung perlu buang ego untuk kembali bersama UMNO: Akmal"},"content":{"rendered":"<p>Dr Muhamad Akmal Saleh menasihati bekas pemimpin UMNO yang digantung atau dipecat daripada parti itu perlu membuang rasa ego masing-masing sekiranya mahu kembali bersama parti itu.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda UMNO itu berkata syarat untuk kembali bersama parti itu adalah dengan pemimpin tersebut perlu mengenepikan sebarang prasangka buruk, malah Presiden Ahmad Zahid Hamidi juga sudah menyatakan kesediaan untuk menerima rayuan mereka yang dikenakan tindakan.<\/p>\n<p>&#8220;Seperti dalam ucapan saya tadi, UMNO ini milik semua dan kita mesti disatukan semula. Kita perlukan mereka (bekas pemimpin digantung atau dipecat) untuk membina kekuatan parti.<\/p>\n<p>&#8220;Tapi dengan satu syarat, masing-masing kena rendahkan ego, insya-Allah UMNO ini akan semakin kuat.<\/p>\n<p>&#8220;Saya sentiasa terbuka, bukan sekadar untuk menjadi jambatan (menyatukan semula bekas pemimpin), malah apa saja jalan sukar kita boleh hadapi, yang penting kita kena kuatkan semua parti ini,&#8221; katanya selepas merasmikan Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, di Dewan Perdana KRS malam tadi.<\/p>\n<p>Beliau mengulas mengenai usul UMNO Bahagian Sembrong yang menyatakan hasrat supaya bekas ketua bahagiannya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diterima semula dalam kepemimpinan parti itu.<\/p>\n<p>Katanya, UMNO adalah milik semua orang Melayu dan ia mesti disatukan semula bagi membina kekuatan.<\/p>\n<p>Terdahulu media melaporkan, Hishammuddin Hussein, yang juga bekas Naib Presiden UMNO memberi bayangan tidak akan merayu penggantungan keahliannya dengan menegaskan rayuan bukan penentu kesetiaannya kepada UMNO.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, kmal berkata, beliau sedia menjadi jambatan untuk bukan sahaja membawa semula Hishammuddin, malah pemimpin lain termasuk Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan kembali ke pangkuan parti itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, matlamatnya hanya mahu memastikan parti itu terus kukuh dalam memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.<\/p>\n<p>&#8220;Memang UMNO tidak pernah ketandusan pemimpin, tapi parti ini adalah seperti keluarga untuk semua. Kita hadir hari ini pun adalah untuk parti. Mereka yang pernah dikenakan tindakan ada jasa yang kita tidak boleh lupakan.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi sebab itu, saya kata yang paling penting adalah penyatuan UMNO dan tentunya penyatuan ini tidak boleh dilakukan sebelah pihak saja,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dr Muhamad Akmal Saleh menasihati bekas pemimpin UMNO yang digantung atau dipecat daripada parti itu perlu membuang rasa ego masing-masing sekiranya mahu kembali bersama parti itu. Ketua Pemuda UMNO itu berkata syarat untuk kembali bersama parti itu adalah dengan pemimpin tersebut perlu mengenepikan sebarang prasangka buruk, malah Presiden Ahmad Zahid Hamidi juga sudah menyatakan kesediaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,491,790,629,326,267,146],"authors":[],"class_list":["post-1297","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-buang","tag-ego","tag-hishammuddin-hussein","tag-khairy-jamaluddin","tag-parti","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1297","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1297"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1297\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1299,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1297\/revisions\/1299"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1297"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1297"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1297"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1297"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}