{"id":12981,"date":"2026-07-15T05:54:27","date_gmt":"2026-07-15T05:54:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12981"},"modified":"2026-07-15T05:54:27","modified_gmt":"2026-07-15T05:54:27","slug":"rakyat-israel-dikesan-di-malaysia-akan-diusir-segera-tiada-kompromi-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rakyat-israel-dikesan-di-malaysia-akan-diusir-segera-tiada-kompromi-pmx\/","title":{"rendered":"Rakyat Israel dikesan di Malaysia akan diusir segera, tiada kompromi: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan akan mengusir serta-merta mana-mana rakyat Israel yang dikesan berada di Malaysia sekiranya siasatan mengesahkan dakwaan mereka memasuki negara ini menggunakan dua pasport kewarganegaraan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, semua agensi berkaitan sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan berhubung kewujudan warga Israel di negara ini, termasuk dakwaan mereka menetap di komuniti Network School di Forest City, Johor.<\/p>\n<p>Menurutnya, Malaysia tidak mengiktiraf Israel, justeru tindakan tegas akan diambil jika siasatan mendapati dakwaan itu benar.<\/p>\n<p>&#8220;Kita siasat dahulu. Kalau tidak, kita tidak izinkan. Kalau ada, tindakan mesti diambil.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau ada rakyat Israel, kerana kita tidak mengiktiraf Israel, mereka akan diusir segera,&#8221; katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis \u2018A Celebration of Life and Peace\u2019 anjuran ERM Foundation di Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n<p>Anwar turut memaklumkan Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir dijangka memberi penjelasan lanjut berhubung isu berkenaan selepas siasatan selesai.<\/p>\n<p>Isu itu tercetus selepas Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menggesa Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta agensi berkaitan menyiasat status kewarganegaraan komuniti Network School di Forest City.<\/p>\n<p>Gesaan itu dibuat susulan dakwaan terdapat warga Israel yang memiliki dua kewarganegaraan tinggal di kawasan berkenaan dan memasuki Malaysia menggunakan pasport negara lain.<\/p>\n<p>Network School ialah komuniti kediaman dan ruang kerja bersama persendirian yang dilancarkan pada 2024 oleh pelabur teknologi Balaji Srinivasan.<\/p>\n<p>Komuniti itu menyasarkan golongan profesional teknologi atau \u2018techno-optimist\u2019 dari pelbagai negara dengan menawarkan pakej penginapan, makanan dan kemudahan lain menerusi yuran keahlian bulanan.<\/p>\n<p>Malaysia sejak sekian lama mengekalkan pendirian tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, sebarang dakwaan membabitkan kehadiran rakyat Israel di negara ini mendapat perhatian serius kerajaan dan agensi penguat kuasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan akan mengusir serta-merta mana-mana rakyat Israel yang dikesan berada di Malaysia sekiranya siasatan mengesahkan dakwaan mereka memasuki negara ini menggunakan dua pasport kewarganegaraan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, semua agensi berkaitan sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan berhubung kewujudan warga Israel di negara ini, termasuk dakwaan mereka menetap di komuniti Network School di Forest City, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10506,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,4426,636,630,4425,3847,18,2472],"authors":[],"class_list":["post-12981","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-forest-city","tag-israel","tag-johor","tag-network-school","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-pmx","tag-warga"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12981","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12981"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12981\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12982,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12981\/revisions\/12982"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10506"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12981"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12981"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12981"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12981"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}