{"id":12983,"date":"2026-07-15T05:57:09","date_gmt":"2026-07-15T05:57:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12983"},"modified":"2026-07-15T05:57:09","modified_gmt":"2026-07-15T05:57:09","slug":"empat-wakil-dap-beralih-ke-blok-pembangkang-di-dun-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/empat-wakil-dap-beralih-ke-blok-pembangkang-di-dun-melaka\/","title":{"rendered":"Empat wakil DAP beralih ke blok pembangkang di DUN Melaka"},"content":{"rendered":"<p>Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka secara rasmi mengambil tempat di blok pembangkang pada hari ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, sehari selepas parti itu mengumumkan keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Empat wakil rakyat terbabit ialah ADUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin; ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee; ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong; dan ADUN Banda Hilir, Leng Chau Yen.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka yang juga ADUN Bukit Katil daripada Amanah, Adly Zahari, kekal mengambil tempat di blok kerajaan, sekali gus memberi gambaran kedudukannya dalam kerajaan negeri tidak berubah.<\/p>\n<p>Perubahan kedudukan itu menyaksikan jumlah ADUN di blok pembangkang meningkat kepada enam orang berbanding hanya dua sebelum ini.<\/p>\n<p>Blok berkenaan kini dianggotai Ketua Pembangkang, Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bemban) yang berstatus Bebas, ADUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusoh daripada Perikatan Nasional (PN), serta empat ADUN DAP terbabit.<\/p>\n<p>Pada Selasa, Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, mengumumkan parti itu menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta selepas DUN meluluskan usul pindaan berkaitan ADUN lantikan.<\/p>\n<p>Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana DAP menolak rang undang-undang berkenaan yang disifatkan bercanggah dengan prinsip demokrasi dan semangat pilihan raya.<\/p>\n<p>&#8220;Keputusan ini selaras dengan pendirian parti yang menolak rang undang-undang berkaitan ADUN lantikan kerana ia bercanggah dengan prinsip demokrasi serta mandat yang diberikan rakyat menerusi pilihan raya,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Susulan keputusan itu, semua wakil rakyat DAP yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri turut melepaskan jawatan masing-masing. Mereka termasuk Exco Negeri, Allex Seah; Timbalan Exco, Low Chee Leong dan Leng Chau Yen; serta Timbalan Speaker DUN, Kerk Chee Yee.<\/p>\n<p>Sebelum ini, DAP secara konsisten membantah pindaan Perlembagaan Negeri berkaitan pelantikan ADUN kerana berpendapat langkah itu tidak menghormati pilihan rakyat yang dizahirkan melalui pilihan raya negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka secara rasmi mengambil tempat di blok pembangkang pada hari ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, sehari selepas parti itu mengumumkan keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri. Empat wakil rakyat terbabit ialah ADUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin; ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee; ADUN Kota Laksamana, Low [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5870,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,409,192,1055],"authors":[],"class_list":["post-12983","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-dun","tag-melaka","tag-pembangkang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12983","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12983"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12983\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12984,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12983\/revisions\/12984"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5870"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12983"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12983"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12983"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12983"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}