{"id":12986,"date":"2026-07-15T05:59:21","date_gmt":"2026-07-15T05:59:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12986"},"modified":"2026-07-15T05:59:21","modified_gmt":"2026-07-15T05:59:21","slug":"sofia-rini-berdepan-tuduhan-fitnah-farhash-kes-disebut-semula-ogos-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sofia-rini-berdepan-tuduhan-fitnah-farhash-kes-disebut-semula-ogos-ini\/","title":{"rendered":"Sofia Rini berdepan tuduhan fitnah Farhash, kes disebut semula Ogos ini"},"content":{"rendered":"<p>Seorang ahli perniagaan muflis, Sofia Rini Buyong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan memfitnah ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menerusi satu rakaman video yang dimuat naik pada April lalu.<\/p>\n<p>Sofia Rini, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.<\/p>\n<p>Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dengan mendakwa Farhash, yang menurutnya telah menjadi warganegara Turki, mencuri wang dan menghantarnya ke luar negara termasuk Turki serta Afrika.<\/p>\n<p>Perbuatan itu didakwa dilakukan menerusi satu rakaman video di ibu negara pada jam 6.30 petang, 26 April lalu.<\/p>\n<p>Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Timbalan Pendakwa Raya, Fadhly Zamry memohon mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, peguam Shugan Raman yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya menghadapi kekangan kewangan selain mempunyai masalah kesihatan.<\/p>\n<p>\u201cAnak guam saya menghidap darah tinggi dan diabetes, menanggung seorang anak, tinggal bersama ibunya selepas kematian suami tahun lalu serta tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia juga telah diisytiharkan bankrap dan kini berada di bawah jaminan SPRM sebanyak RM10,000. Jumlah jaminan dicadangkan pihak pendakwaan di luar kemampuan kewangannya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan Sofia Rini diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.<\/p>\n<p>Mahkamah turut menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.<\/p>\n<p>Kes itu menjadi perhatian susulan dakwaan yang dibuat terhadap Farhash menerusi rakaman video yang tular di media sosial sebelum ini..<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang ahli perniagaan muflis, Sofia Rini Buyong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan memfitnah ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menerusi satu rakaman video yang dimuat naik pada April lalu. Sofia Rini, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri. Mengikut pertuduhan, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2626,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4428,291,314,58,290,4427],"authors":[],"class_list":["post-12986","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-farhash-wafa-salvador-rizal-mubarak","tag-fitnah","tag-kes","tag-mahkamah","tag-saman","tag-sofia-rini-buyong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12986","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12986"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12986\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12987,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12986\/revisions\/12987"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2626"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12986"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12986"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12986"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12986"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}