{"id":1300,"date":"2025-07-05T04:02:51","date_gmt":"2025-07-05T04:02:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1300"},"modified":"2025-07-05T04:02:51","modified_gmt":"2025-07-05T04:02:51","slug":"rafizi-beri-isyarat-tinggalkan-parti-tak-tanding-pru-16","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-beri-isyarat-tinggalkan-parti-tak-tanding-pru-16\/","title":{"rendered":"Rafizi beri isyarat tinggalkan parti, tak tanding PRU-16?"},"content":{"rendered":"<p>Isyarat diberikan Rafizi Ramli dalam kenyataan terbaharu jelas menunjukkan hasrat untuk meninggalkan PKR dan tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.<\/p>\n<p>Semasa wawancara &#8216;Yang Berhenti Menteri&#8217; pada Jumaat, bekas timbalan presiden PKR itu berkata tidak mahu menjadi sebahagian daripada &#8216;budaya&#8217; politik yang ditunjukkan parti itu semasa pemilihan pada Mei lalu.<\/p>\n<p>Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci budaya yang dimaksudkan, bekas Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, beliau tidak yakin terhadap keupayaan parti untuk menyingkirkan budaya tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Budaya yang ditunjukkan dalam PKR pada pemilihan lepas, bukanlah sesuatu yang saya mahu jadi sebahagian daripadanya.<\/p>\n<p>&#8220;Jika ada pemilihan baharu, saya tidak rasa kita ada kemampuan untuk membersihkan parti daripada budaya itu,&#8221; katanya dalam rancangan itu.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU-16, Rafizi mendedahkan masih belum membuat keputusan berhubung perkara itu, malah tidak menolak kemungkinan sekiranya tidak bertanding langsung.<\/p>\n<p>\u201cKalau (jawatan) menteri pun saya sanggup lepaskan, apatah lagi sekadar tidak bertanding dalam pilihan raya.<\/p>\n<p>&#8220;Sebenarnya saya masih belum buat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak pada PRU akan datang,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurut Rafizi, beliau akan melangkah ke fasa baharu tanpa menoleh ke belakang walaupun pernah memainkan peranan penting dalam PKR.<\/p>\n<p>Malah beliau memberi bayangan tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam parti pada masa akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isyarat diberikan Rafizi Ramli dalam kenyataan terbaharu jelas menunjukkan hasrat untuk meninggalkan PKR dan tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Semasa wawancara &#8216;Yang Berhenti Menteri&#8217; pada Jumaat, bekas timbalan presiden PKR itu berkata tidak mahu menjadi sebahagian daripada &#8216;budaya&#8217; politik yang ditunjukkan parti itu semasa pemilihan pada Mei lalu. Walaupun tidak menjelaskan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":185,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[69,205,9,101,8],"authors":[],"class_list":["post-1300","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-jawatan","tag-menteri","tag-pkr","tag-pru-16","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1300","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1300"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1300\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1301,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1300\/revisions\/1301"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/185"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1300"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1300"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1300"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1300"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}