{"id":13036,"date":"2026-07-16T07:44:40","date_gmt":"2026-07-16T07:44:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13036"},"modified":"2026-07-16T07:44:40","modified_gmt":"2026-07-16T07:44:40","slug":"prn-ns-dulu-kecam-umdap-kini-isham-jalil-sokong-penuh-kerjasama-umno-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-ns-dulu-kecam-umdap-kini-isham-jalil-sokong-penuh-kerjasama-umno-pas\/","title":{"rendered":"PRN NS: Dulu kecam UMDAP, kini Isham Jalil sokong penuh kerjasama UMNO-PAS"},"content":{"rendered":"<p>Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menyambut baik kerjasama pilihan raya antara UMNO-Barisan Nasional (BN) dan PAS di Negeri Sembilan, sambil menyifatkannya sebagai langkah awal ke arah penyatuan ummah menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).<\/p>\n<p>Menurut Isham, kerjasama itu merupakan usaha yang telah lama diperjuangkan dan diharap menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih besar di peringkat nasional.<\/p>\n<p>&#8220;Alhamdulillah UMNO\/BN bekerjasama dengan PAS di Negeri Sembilan. Setelah sekian lama kita perjuangkan muafakat ini, kini kita mulakan penyatuan ummah di sini.<\/p>\n<p>&#8220;Kejayaan ini akan mendorong penyatuan ummah di peringkat pusat dalam PRU16 nanti, insya-Allah,&#8221; katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Beliau turut menyenaraikan 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diumumkan BN untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, UMNO akan bertanding di 16 kerusi iaitu Pertang, Sungai Lui, Palong, Jeram Padang, Lenggeng, Juasseh, Seri Menanti, Senaling, Pilah, Johol, Labu, Chembong, Rantau, Kota, Linggi dan Gemencheh.<\/p>\n<p>Baki sembilan kerusi melibatkan komponen BN iaitu MCA dan MIC di Chennah, Bahau, Nilai, Temiang, Rahang, Seremban Jaya, Chuah, Sri Tanjung dan Repah.<\/p>\n<p>Isham turut memaklumkan pengumuman calon serta kerusi yang akan ditandingi PAS dan Perikatan Nasional (PN) dijadual dibuat pada malam Khamis.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan sama, beliau mengulangi pendiriannya dengan slogan, &#8220;No Anwar, No DAP, No UMDAP. Yes to PAS, Yes to Penyatuan Ummah and Yes to UMNO Original.&#8221;<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan landskap politik berbeza apabila BN dan PAS mencapai persefahaman pilihan raya, sekali gus menamatkan persaingan antara kedua-dua parti di negeri itu.<\/p>\n<p>Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN dan selepas BN mengumumkan bertanding di 25 kerusi, baki 11 kerusi dijangka ditandingi PAS di bawah gabungan PN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menyambut baik kerjasama pilihan raya antara UMNO-Barisan Nasional (BN) dan PAS di Negeri Sembilan, sambil menyifatkannya sebagai langkah awal ke arah penyatuan ummah menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Menurut Isham, kerjasama itu merupakan usaha yang telah lama diperjuangkan dan diharap menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1378,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[833,824,1154,126,103,635,146],"authors":[],"class_list":["post-13036","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-isham-jalil","tag-kerjasama","tag-negeri-sembilan","tag-pas","tag-prn","tag-umdap","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13036","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13036"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13036\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13037,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13036\/revisions\/13037"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1378"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13036"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13036"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13036"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13036"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}