{"id":13048,"date":"2026-07-16T10:10:56","date_gmt":"2026-07-16T10:10:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13048"},"modified":"2026-07-16T10:10:56","modified_gmt":"2026-07-16T10:10:56","slug":"mcmc-perketat-tindakan-kandungan-berbahaya-perlu-disekat-dalam-tempoh-24-jam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-perketat-tindakan-kandungan-berbahaya-perlu-disekat-dalam-tempoh-24-jam\/","title":{"rendered":"MCMC perketat tindakan, kandungan berbahaya perlu disekat dalam tempoh 24 jam"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua Pemberi Perkhidmatan Berlesen mengambil tindakan terhadap kandungan memudaratkan mengikut tempoh ditetapkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan tinggi dalam masa 24 jam.<\/p>\n<p>Langkah itu dilaksanakan menerusi Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Tempoh) 2025 di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi membendung penularan kandungan palsu, maklumat palsu dan maklumat salah sebelum ia tersebar dengan lebih meluas.<\/p>\n<p>Kementerian Komunikasi memaklumkan kandungan berkeutamaan tinggi seperti penipuan kewangan perlu dijadikan tidak boleh diakses dalam tempoh sehari bagi membolehkan proses penilaian, pengesahan dan tindakan lanjut dijalankan.<\/p>\n<p>\u201cBagi kandungan berkeutamaan tinggi seperti penipuan kewangan, kandungan terbabit hendaklah dijadikan tidak boleh diakses dalam tempoh 24 jam bagi membolehkan penilaian, pengesahan dan tindakan lanjut dilaksanakan,\u201d menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Jawapan itu diberikan kepada soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) yang ingin mengetahui mekanisme kerajaan mengawal penyebaran berita palsu, maklumat palsu dan maklumat salah, khususnya dalam tempoh kritikal sebelum kandungan terbabit tular.<\/p>\n<p>Menurut kementerian itu, sepanjang tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Mei 2026, MCMC mengemukakan 63,215 permohonan kepada penyedia platform untuk menurunkan kandungan palsu, dengan 54,626 kandungan atau 86 peratus berjaya diturunkan.<\/p>\n<p>Selain penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, MCMC turut memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi Chatbot Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) yang dilancarkan pada 28 Januari 2025 bagi memudahkan orang ramai menyemak kesahihan sesuatu maklumat.<\/p>\n<p>Sehingga 31 Mei lalu, AIFA yang menyokong portal Sebenarnya.my telah memproses 197,403 mesej dengan purata 404 mesej setiap hari. Dalam tempoh sama, sebanyak 1,016 artikel semakan fakta turut diterbitkan.<\/p>\n<p>Usaha meningkatkan literasi digital juga diteruskan menerusi Kempen Internet Selamat di sekolah, institusi pengajian tinggi dan komuniti. Sehingga 15 Jun lalu, sebanyak 1,938 program dilaksanakan di seluruh negara melibatkan lebih 2.13 juta peserta.<\/p>\n<p>\u201cMelalui pendekatan yang menggabungkan penguatkuasaan undang-undang, kerjasama strategik dengan penyedia platform, pemanfaatan teknologi serta pemerkasaan literasi digital, kerajaan komited memastikan penyebaran berita palsu, maklumat palsu dan maklumat salah dapat dibendung secara lebih berkesan demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan ekosistem digital negara,\u201d menurut kementerian itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua Pemberi Perkhidmatan Berlesen mengambil tindakan terhadap kandungan memudaratkan mengikut tempoh ditetapkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan tinggi dalam masa 24 jam. Langkah itu dilaksanakan menerusi Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Tempoh) 2025 di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi membendung penularan kandungan palsu, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1066,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1041,16,405,2788,452],"authors":[],"class_list":["post-13048","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akta-komunikasi-dan-multimedia-1998","tag-mcmc","tag-media-sosial","tag-platform","tag-sekatan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13048","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13048"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13048\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13049,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13048\/revisions\/13049"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1066"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13048"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13048"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13048"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13048"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}