{"id":1305,"date":"2025-07-05T08:49:26","date_gmt":"2025-07-05T08:49:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1305"},"modified":"2025-07-05T08:49:26","modified_gmt":"2025-07-05T08:49:26","slug":"zahid-yakin-umno-dapat-rampas-kerusi-dimenangi-pas-dan-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-yakin-umno-dapat-rampas-kerusi-dimenangi-pas-dan-bersatu\/","title":{"rendered":"Zahid yakin UMNO dapat rampas kerusi dimenangi PAS dan Bersatu"},"content":{"rendered":"<p>Kerusi Parlimen yang dimenangi Bersatu dan PAS diyakini mampu dirampas semula pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), kata Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n<p>Presiden UMNO itu berkata kerusi-kerusi tersebut yang sebelum ini ditandingi mereka tetapi kalah semasa PRU lepas akan dapat dirampas sekiranya laluan diberikan kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertanding semula nanti.<\/p>\n<p>\u201cKerusi-kerusi itu akan kembali ditandingi calon UMNO dalam PRU akan datang. Cuba kalau kita bersama Bersatu atau PAS, kerusi mana yang dia nak beri kita,\u201d katanya semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Dewan Orang Ramai Parit Raja hari ini.<\/p>\n<p>Zahid berkata, realiti politik hari ini adalah berbeza dan UMNO dibantu rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menang dalam pilihan raya.<\/p>\n<p>Katanya, UMNO hanya ada 26 kerusi manakala selebihnya disumbang komponen BN dan sekiranya BN bertanding menentang Bersatu dan PAS secara bersendirian, parti itu akan rugi.<\/p>\n<p>Jelasnya, atas dasar tersebut BN dan UMNO perlukan kerjasama politik dan pada masa sama meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan naratif UMDAP dimainkan pihak tertentu.<\/p>\n<p>\u201cKemenangan kita hari ini bukan sebab kita hebat tapi kerana kita dibantu oleh rakan PH dan parti lain. Saya tahu, ramai yang tak setuju, tapi itulah hakikatnya.<\/p>\n<p>\u201cAkhir kata, ini bukan tentang saya\u2026 ini tentang UMNO. Kita bangkit bukan sebab seorang tetapi kerana seluruh ahli dan kepimpinan yang setia,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Mengenai permintaan UMNO bahagian itu yang mahu kerusi Parlimen Sri Gading Gading yang kini disandang Parti Amanah diserahkan kepada parti itu pada PRU-16, Zahid bersetuju cadangan tersebut.<\/p>\n<p>Namun Zahid secara berseloroh berkata, perkara itu diserahkan kepada Pengerusi UMNO Johor, Onn Hafiz Ghazi.<\/p>\n<p>Katanya, Onn Hafiz perlu mencari kawasan lain untuk diberi kepada Amanah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerusi Parlimen yang dimenangi Bersatu dan PAS diyakini mampu dirampas semula pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), kata Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu berkata kerusi-kerusi tersebut yang sebelum ini ditandingi mereka tetapi kalah semasa PRU lepas akan dapat dirampas sekiranya laluan diberikan kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertanding semula nanti. \u201cKerusi-kerusi itu akan kembali [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,309,126,11,101,146,379],"authors":[],"class_list":["post-1305","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-parlimen","tag-pas","tag-politik","tag-pru-16","tag-umno","tag-zahid"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1305","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1305"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1305\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1306,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1305\/revisions\/1306"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1305"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1305"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1305"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1305"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}