{"id":13060,"date":"2026-07-17T04:03:46","date_gmt":"2026-07-17T04:03:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13060"},"modified":"2026-07-17T04:03:46","modified_gmt":"2026-07-17T04:03:46","slug":"pas-bayang-landskap-politik-baharu-jika-bn-pn-menang-di-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-bayang-landskap-politik-baharu-jika-bn-pn-menang-di-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"PAS bayang landskap politik baharu jika BN-PN menang di Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>PAS menjangkakan landskap politik negara akan memasuki fasa baharu sekiranya kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh majoriti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.<\/p>\n<p>Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemenangan gabungan itu bukan sahaja membuka laluan kepada pembentukan kerajaan negeri, malah mampu mencorakkan senario politik baharu di Malaysia.<\/p>\n<p>&#8220;Susulan kerjasama itu, seandainya PN memenanginya kita akan bersama membentuk kerajaan di Negeri Sembilan. Dan ini menjadikannya sebagai satu senario politik baharu di Malaysia,&#8221; katanya dalam laporan dipetik Malaysiakini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PN bersedia membentuk kerajaan negeri bersama BN sekiranya gabungan itu menerima mandat daripada rakyat pada PRN Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Semalam, PN mengumumkan hanya akan bertanding di 11 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa penyertaan Bersatu, yang sebelum ini merupakan antara parti komponen gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Mengikut agihan kerusi, PAS akan bertanding di lima DUN, Parti Wawasan di empat kerusi, manakala Gerakan dan Parti India Malaysia (MIPP) masing-masing bertanding di satu kerusi.<\/p>\n<p>Sementara itu, Parti Pejuangyang turut berada dalam PN memutuskan tidak meletakkan calon pada PRN kali ini. Bersatu pula memilih bertanding secara berasingan selepas mendakwa diketepikan daripada rundingan pembahagian kerusi.<\/p>\n<p>Keputusan PN bertanding di 11 kerusi dilihat melengkapkan 25 kerusi yang ditandingi BN, sekali gus memberi gambaran wujudnya kerjasama pilihan raya antara kedua-dua gabungan itu bagi menghadapi Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan akan bermula dengan proses penamaan calon esok, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menjangkakan landskap politik negara akan memasuki fasa baharu sekiranya kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh majoriti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemenangan gabungan itu bukan sahaja membuka laluan kepada pembentukan kerajaan negeri, malah mampu mencorakkan senario [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1645,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,1154,126,951,103,2661,146],"authors":[],"class_list":["post-13060","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-negeri-sembilan","tag-pas","tag-pn","tag-prn","tag-tuan-ibrahim-tuan-man","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13060","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13060"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13060\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13061,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13060\/revisions\/13061"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1645"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13060"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13060"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13060"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13060"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}