{"id":13062,"date":"2026-07-17T04:15:26","date_gmt":"2026-07-17T04:15:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13062"},"modified":"2026-07-17T04:15:26","modified_gmt":"2026-07-17T04:15:26","slug":"tindakan-pas-bersama-umno-bukan-penyatuan-melayu-hanya-penjajaran-kuasa-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tindakan-pas-bersama-umno-bukan-penyatuan-melayu-hanya-penjajaran-kuasa-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Tindakan PAS bersama UMNO bukan penyatuan Melayu, hanya penjajaran kuasa: Muhyiddin"},"content":{"rendered":"<p>Muhyiddin Yassin mendakwa Bersatu tidak pernah meninggalkan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya dipinggirkan apabila hak parti itu sebagai anggota pengasas dan parti komponen tidak lagi dihormati.<\/p>\n<p>Presiden Bersatu itu berkata, dakwaan bekas Setiausaha Agung PAS, Annuar Musa, kononnya Bersatu menghalang usaha penyatuan Melayu adalah tidak berasas kerana parti itu sendiri diketepikan daripada proses membuat keputusan dalam PN.<\/p>\n<p>\u201cBersatu tidak mufarakah daripada Perikatan Nasional secara sukarela. Kami masih parti anggota yang sah, tetapi hak-hak Bersatu telah dinafikan,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Muhyiddin, rundingan pembahagian kerusi pilihan raya antara PN dan Bersatu dihentikan tanpa alasan munasabah, malah parti itu tidak dijemput menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang memuktamadkan agihan kerusi.<\/p>\n<p>\u201cBagaimana Bersatu boleh dituduh mendahului keputusan mesyuarat sedangkan kami sendiri tidak dijemput menghadirinya?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas rundingan antara PN dan Barisan Nasional (BN), Muhyiddin berkata beliau tidak mempertikaikan usaha tersebut kerana Pengerusi PN sendiri mengakui memberi kebenaran untuk rundingan dijalankan.<\/p>\n<p>Namun, katanya, kerjasama politik yang melibatkan dasar gabungan sepatutnya dibincangkan dan diputuskan terlebih dahulu oleh Majlis Tertinggi PN sebelum sebarang persetujuan dimeterai.<\/p>\n<p>\u201cSepanjang lima tahun saya memimpin Perikatan Nasional, saya tidak pernah mengenepikan mana-mana parti anggota dalam proses membuat keputusan, termasuk pembahagian kerusi pilihan raya. Semua parti terlibat dalam rundingan dan setiap keputusan dibuat secara teratur.<\/p>\n<p>\u201cHari ini segalanya telah berkecamuk,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Muhyiddin turut menolak dakwaan Bersatu menjadi penghalang kepada penyatuan Melayu.<\/p>\n<p>Katanya, sejak menubuhkan Bersatu, perjuangan parti itu sentiasa berteraskan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, malah beliau pernah mencadangkan PN menjadi gabungan besar yang menghimpunkan parti-parti Melayu termasuk UMNO bersama parti pelbagai kaum.<\/p>\n<p>Menurutnya, cadangan itu tidak diterima UMNO ketika itu, malah parti berkenaan enggan menjadi sebahagian daripada gabungan parti dalam kerajaan PN walaupun beberapa Ahli Parlimennya menyokong pentadbiran tersebut.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa Ahli Parlimen UMNO kemudian berkomplot menjatuhkan kerajaan PN, dan situasi hampir sama kini berlaku dalam Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Muhyiddin berkata, keputusan PAS menjalin kerjasama dengan UMNO menyebabkan hubungan dengan Bersatu terputus, sekali gus menyaksikan parti itu diketepikan daripada gabungan yang diasaskannya sendiri.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan penyatuan Melayu yang sebenar. Apa yang berlaku hanyalah penjajaran semula kuasa politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Walaupun mengakui kecewa dengan perkembangan itu, Muhyiddin berkata Bersatu akan meneruskan perjuangannya sebagai sebuah parti yang berdiri sendiri.<\/p>\n<p>\u201cSaya mengucapkan selamat maju jaya kepada Perikatan Nasional. Bersatu tidak akan menoleh ke belakang lagi. Parti ini akan terus mara ke hadapan demi Malaysia dan seluruh rakyatnya,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Muhyiddin Yassin mendakwa Bersatu tidak pernah meninggalkan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya dipinggirkan apabila hak parti itu sebagai anggota pengasas dan parti komponen tidak lagi dihormati. Presiden Bersatu itu berkata, dakwaan bekas Setiausaha Agung PAS, Annuar Musa, kononnya Bersatu menghalang usaha penyatuan Melayu adalah tidak berasas kerana parti itu sendiri diketepikan daripada proses membuat keputusan dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3241,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,824,1590,1154,126,951,103,146],"authors":[],"class_list":["post-13062","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-kerjasama","tag-muhyiddin-yassin","tag-negeri-sembilan","tag-pas","tag-pn","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13062","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13062"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13062\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13063,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13062\/revisions\/13063"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13062"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13062"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13062"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13062"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}