{"id":13075,"date":"2026-07-17T07:03:21","date_gmt":"2026-07-17T07:03:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13075"},"modified":"2026-07-17T07:03:21","modified_gmt":"2026-07-17T07:03:21","slug":"guru-masa-depan-perlu-kuasai-ai-kekal-berteraskan-akhlak-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/guru-masa-depan-perlu-kuasai-ai-kekal-berteraskan-akhlak-pmx\/","title":{"rendered":"Guru masa depan perlu kuasai AI, kekal berteraskan akhlak: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Sistem pendidikan negara perlu melahirkan guru yang bukan sahaja mahir dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan teknologi STEM, malah memiliki akhlak tinggi serta menjunjung nilai kemanusiaan bagi membentuk generasi masa depan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perubahan pesat dunia menuntut sistem pendidikan negara bergerak seiring dengan perkembangan teknologi, namun aspek pembinaan sahsiah tidak boleh diketepikan.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendidikan perlu sentiasa dinamik dan tidak sekadar bergantung kepada kurikulum serta kaedah pengajaran sedia ada jika Malaysia mahu kekal berdaya saing.<\/p>\n<p>&#8220;Menggapai yang di langit, tetapi berakar ke bumi. Maksudnya kita menguasai teknologi baharu tanpa mengabaikan agama, budaya, moral dan nilai kemanusiaan.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau kita mahu tingkatkan keupayaan negara, tumpuan pertama mestilah kepada bidang pendidikan dan keduanya pantas menangkap perubahan yang berlaku di dunia,&#8221; katanya ketika berucap pada Program Temu Anwar Bersama Pelajar dan Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik di Bandar Enstek, Nilai, pada Jumaat.<\/p>\n<p>Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Dr. Kartini Abdul Mutalib.<\/p>\n<p>Anwar turut mengingatkan pendidikan tidak akan mencapai matlamat sebenar sekiranya guru atau pelajar dipengaruhi sentimen kebencian terhadap kaum dan agama lain.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama memerlukan sistem pendidikan yang mampu memupuk persefahaman, toleransi dan saling menghormati, bukannya menyemai bibit perpecahan.<\/p>\n<p>&#8220;Tidak ada negara di dunia, walau sehebat mana sekalipun, yang akan selamat dengan menanam bibit kebencian kaum atau agama. Yang perlu diangkat ialah nilai kemanusiaan.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau kita mahu membina negara ini, mesti ada toleransi, hormat-menghormati dan menjunjung nilai kemanusiaan. Barulah kita boleh mengangkat mutu pendidikan dan membina masyarakat yang benar-benar maju,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberi penekanan kepada pemerkasaan pendidikan STEM bagi meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang berteknologi tinggi, termasuk AI, selaras dengan keperluan ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian 4.0.<\/p>\n<p>Pada masa sama, kerajaan terus menegaskan kepentingan pembangunan modal insan yang seimbang, merangkumi kecemerlangan akademik, sahsiah dan nilai murni bagi memastikan kemajuan teknologi dapat dimanfaatkan secara bertanggungjawab.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sistem pendidikan negara perlu melahirkan guru yang bukan sahaja mahir dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan teknologi STEM, malah memiliki akhlak tinggi serta menjunjung nilai kemanusiaan bagi membentuk generasi masa depan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perubahan pesat dunia menuntut sistem pendidikan negara bergerak seiring dengan perkembangan teknologi, namun aspek pembinaan sahsiah tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7641,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[250,4441,170,1338,727,18],"authors":[],"class_list":["post-13075","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ai","tag-akhlak","tag-anwar-ibrahim","tag-guru","tag-pakatan-harapan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13075","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13075"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13075\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13076,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13075\/revisions\/13076"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7641"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13075"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13075"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13075"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13075"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}