{"id":13106,"date":"2026-07-18T03:02:03","date_gmt":"2026-07-18T03:02:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13106"},"modified":"2026-07-18T03:02:03","modified_gmt":"2026-07-18T03:02:03","slug":"larian-syed-saddiq-kutip-lebih-rm361000-dalam-dua-hari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/larian-syed-saddiq-kutip-lebih-rm361000-dalam-dua-hari\/","title":{"rendered":"Larian Syed Saddiq kutip lebih RM361,000 dalam dua hari"},"content":{"rendered":"<p>Larian Kesyukuran yang digerakkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengatasi sasaran kutipan sumbangan apabila meraih RM361,848 hanya dalam tempoh dua hari, sekali gus melepasi sasaran awal RM200,000 yang ditetapkan untuk empat hari.<\/p>\n<p>Syed Saddiq menyifatkan sambutan diterima amat luar biasa dan tidak menyangka rakyat sanggup tampil menghulurkan sumbangan serta memberikan sokongan sepanjang program berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Hari ini badan memang tersiksa. Cramp datang satu badan dan ada masa saya sendiri rasa sangat susah untuk teruskan.<\/p>\n<p>&#8220;Sekarang ketika saya rakam video ini pun, saya masih boleh rasa cramp itu nak datang,&#8221; katanya menerusi hantaran di media sosial pada Sabtu.<\/p>\n<p>Beliau kini meneruskan larian memasuki hari ketiga dengan laluan bermula dari Labu, Negeri Sembilan, melalui Seremban dan Pedas sebelum menamatkan perjalanan di Kota.<\/p>\n<p>Menurutnya, cabaran semakin berat apabila hujan lebat turun ketika tiba di Pedas, selain kekejangan otot yang menyebabkan beliau terpaksa memperlahankan rentak larian.<\/p>\n<p>&#8220;Untuk tiga kilometer terakhir menuju ke Kota saya sudah tidak mampu berlari dan terpaksa berjalan. Apabila sampai dan nampak lautan manusia menunggu, semangat itu datang balik.<\/p>\n<p>&#8220;Sepanjang perjalanan ada mak cik dan pak cik yang datang hulurkan wang tunai kepada kami. Sumbangan paling kecil yang kami terima pula 50 sen,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Syed Saddiq berkata, pada peringkat awal pihaknya merancang menyediakan bantuan berjumlah RM200,000 menerusi dana yang dikumpulkan. Namun, kejayaan melepasi sasaran dalam tempoh singkat membolehkan lebih ramai penduduk di Muar menerima manfaat.<\/p>\n<p>&#8220;Terima kasih semua dan terima kasih Malaysia. Ini bukan lagi perjalanan saya seorang, tetapi perjalanan kita bersama,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Larian Kesyukuran dianjurkan sebagai usaha mengumpul dana bagi membantu golongan memerlukan di kawasan Parlimen Muar.<\/p>\n<p>Inisiatif itu turut mendapat perhatian ramai di media sosial apabila orang ramai mengikuti perkembangan perjalanan Syed Saddiq serta menyertai sebahagian laluan bagi memberikan sokongan moral.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Larian Kesyukuran yang digerakkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengatasi sasaran kutipan sumbangan apabila meraih RM361,848 hanya dalam tempoh dua hari, sekali gus melepasi sasaran awal RM200,000 yang ditetapkan untuk empat hari. Syed Saddiq menyifatkan sambutan diterima amat luar biasa dan tidak menyangka rakyat sanggup tampil menghulurkan sumbangan serta memberikan sokongan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13107,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4445,2219,309,664],"authors":[],"class_list":["post-13106","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-larian","tag-muar","tag-parlimen","tag-syed-saddiq"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13106","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13106"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13106\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13108,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13106\/revisions\/13108"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13107"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13106"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13106"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13106"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13106"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}