{"id":13113,"date":"2026-07-18T06:42:33","date_gmt":"2026-07-18T06:42:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13113"},"modified":"2026-07-18T06:42:43","modified_gmt":"2026-07-18T06:42:43","slug":"calon-mb-selepas-prn-negeri-sembilan-mungkin-dikalangan-wakil-bn-jalaluddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/calon-mb-selepas-prn-negeri-sembilan-mungkin-dikalangan-wakil-bn-jalaluddin\/","title":{"rendered":"Calon MB selepas PRN Negeri Sembilan mungkin dikalangan wakil BN: Jalaluddin"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) belum menetapkan calon Menteri Besar Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, sebaliknya keputusan itu hanya akan dibuat selepas gabungan tersebut berjaya membentuk kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata, BN mempunyai beberapa pemimpin yang layak menggalas tanggungjawab itu dan tidak berdepan masalah mencari calon terbaik.<\/p>\n<p>&#8220;Kita ada beberapa calon dan kita tidak kekurangan tokoh untuk menerajui kerajaan negeri.<\/p>\n<p>&#8220;Tentunya apabila kita sudah mencapai kejayaan, kepimpinan Barisan Nasional akan menentukan siapakah yang layak dipilih sebagai Menteri Besar bagi mengetuai kerajaan negeri,&#8221; katanya selepas selesai proses penamaan calon PRN Negeri Sembilan di Kuala Klawang pada Sabtu.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan nama calon Menteri Besar diumumkan sebelum hari pengundian, Jalaluddin menjelaskan perkara itu bukan di bawah bidang kuasanya.<\/p>\n<p>&#8220;Itu akan diputuskan dan diumumkan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional pada masa yang sesuai,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan BN dan Perikatan Nasional (PN) menjalinkan kerjasama politik susulan penjajaran baharu yang dimeterai di peringkat negeri.<\/p>\n<p>Menerusi kerjasama itu, kedua-dua gabungan bersetuju mengelakkan pertembungan sesama sendiri bagi memberi tumpuan kepada usaha memenangi PRN Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Kerjasama tersebut turut menyaksikan pembahagian kerusi antara BN dan PN, dengan calon daripada kedua-dua gabungan bertanding menggunakan logo parti masing-masing di kawasan yang dipersetujui.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, soal calon Menteri Besar sekiranya BN-PN berjaya membentuk kerajaan negeri masih belum dimuktamadkan dan hanya akan diputuskan selepas keputusan PRN diumumkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) belum menetapkan calon Menteri Besar Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, sebaliknya keputusan itu hanya akan dibuat selepas gabungan tersebut berjaya membentuk kerajaan negeri. Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata, BN mempunyai beberapa pemimpin yang layak menggalas tanggungjawab itu dan tidak berdepan masalah mencari calon terbaik. &#8220;Kita ada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9668,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,136,1265,408,1154,103],"authors":[],"class_list":["post-13113","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-calon","tag-jalaluddin-alias","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13113","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13113"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13113\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13121,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13113\/revisions\/13121"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9668"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13113"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13113"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13113"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13113"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}