{"id":13175,"date":"2026-07-19T09:37:22","date_gmt":"2026-07-19T09:37:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13175"},"modified":"2026-07-19T09:37:22","modified_gmt":"2026-07-19T09:37:22","slug":"kerjasama-bn-pn-bukan-perkara-baharu-sudah-dijangka-hassan-karim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerjasama-bn-pn-bukan-perkara-baharu-sudah-dijangka-hassan-karim\/","title":{"rendered":"Kerjasama BN-PN bukan perkara baharu, sudah dijangka: Hassan Karim"},"content":{"rendered":"<p>PKR mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mempertikaikan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kerana ia disifatkan sebagai lumrah dalam landskap politik negara.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata kerjasama politik yang berubah mengikut keadaan bukan sesuatu yang asing memandangkan PH sendiri pernah bekerjasama dengan BN selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), walaupun sebelum itu kedua-dua gabungan menjadi seteru politik.<\/p>\n<p>Menurutnya, jika BN boleh membentuk kerjasama dengan PH selepas kejatuhan kerajaan BN pada 2018, tiada sebab gabungan itu tidak boleh berpakat dengan PN untuk cuba mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi, tak hairan. PH tidak boleh merungut dan mengeluh. PH juga selepas PRU 2008 mengatur strategi di bawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan BN yang mendapat mandat rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Saya dah tua, saya menyaksikan itu semua walaupun saya seorang Ahli Parlimen PKR yang setia,&#8221; katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Beliau mengulas kritikan pelbagai pihak terhadap keputusan BN dan PN bekerjasama pada PRN Negeri Sembilan dengan masing-masing bertanding di 25 dan 11 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Sebelum ini, Angkatan Muda Harapan mendesak semua menteri dan timbalan menteri daripada BN melepaskan jawatan dalam Kabinet susulan kerjasama terbuka parti itu dengan PN.<\/p>\n<p>Gabungan sayap Pemuda PH itu mendakwa tindakan berkenaan menimbulkan persoalan terhadap komitmen sebenar BN dalam kerajaan perpaduan.<\/p>\n<p>Semalam, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan kerjasama itu sebagai medan menguji formula penyatuan Melayu dan Islam yang berpotensi menjadi asas kepada jajaran politik baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Beliau turut menyeru pengundi menyokong calon BN dan PN sebagai langkah untuk mengubah pentadbiran negeri sebelum diterjemahkan di peringkat nasional.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Hassan berkata politik Malaysia sejak sekian lama menyaksikan pembentukan dan perubahan pakatan mengikut keperluan semasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mempertikaikan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kerana ia disifatkan sebagai lumrah dalam landskap politik negara. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata kerjasama politik yang berubah mengikut keadaan bukan sesuatu yang asing memandangkan PH sendiri pernah bekerjasama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1821,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,1118,1154,727,1821,347,951,103],"authors":[],"class_list":["post-13175","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-hassan-karim","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-pasir-gudang","tag-ph","tag-pn","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13175","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13175"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13175\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13176,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13175\/revisions\/13176"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1821"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13175"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13175"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13175"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13175"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}