{"id":1320,"date":"2025-07-06T10:49:34","date_gmt":"2025-07-06T10:49:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1320"},"modified":"2025-07-06T10:49:34","modified_gmt":"2025-07-06T10:49:34","slug":"umno-kekal-guna-simbol-dacing-pru-16-teruskan-kerjasama-dengan-ph","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-kekal-guna-simbol-dacing-pru-16-teruskan-kerjasama-dengan-ph\/","title":{"rendered":"UMNO kekal guna simbol dacing PRU-16, teruskan kerjasama dengan PH"},"content":{"rendered":"<p>UMNO tidak akan bertanding solo dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan kekal menggunakan simbol dacing, sementara pada masa sama meneruskan kerjasama dengan gabungan dalam kerajaan perpaduan sekarang, kata Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n<p>Presiden UMNO itu berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sebelum ini adalah berpunca daripada keputusan bertanding secara bersendirian tanpa gabungan kukuh.<\/p>\n<p>\u201cKenapa kita kalah ketika itu? Kita hanya melihat perkiraan kita sendiri. Kita buat keputusan untuk bertanding solo, sedangkan UMNO dan BN selama ini tidak pernah bergerak secara bersendirian.<\/p>\n<p>\u201cMalah, semalam saya berada di Johor, saya turut dengar suara yang mahu kita bertanding solo. Tapi, adakah itu keputusan muktamad kita? Tidak,\u201d katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut pada Ahad.<\/p>\n<p>Menurutnya lagi, UMNO akan terus memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka pada PRU-16 nanti.<\/p>\n<p>Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, beberapa bahagian UMNO juga telah membuat resolusi untuk tidak bergerak sendirian dan kekal bersama rakan-rakan gabungan BN.<\/p>\n<p>\u201cInsyaAllah, kita tetap bertanding atas lambang dacing, lambang BN. Saya isytiharkan di hadapan para perwakilan UMNO hari ini, kita tidak akan bertanding solo,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa kekalahan pada pilihan raya lalu juga berpunca daripada masalah kerjasama dengan rakan-rakan dalam BN dan PH yang tidak saling memahami strategi masing-masing.<\/p>\n<p>Namun, beliau yakin UMNO masih mempunyai kekuatan akar umbi dan perlu terus bersatu demi memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>\u201cLihat apa yang berlaku di Ayer Kuning, di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Coldstream pada PRU-15 semua kalah, tapi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu, semua PDM kita menang.<\/p>\n<p>\u201cCuba kita renungkan dengan situasi begitu. Ini bukan soal keikhlasan atau kejujuran tetapi soal bagaimana strategi politik yang disusun oleh kepimpinan UMNO dan BN.<\/p>\n<p>\u201cInsyaAllah, akan membuahkan hasil yang cemerlang jika kita jujur pada rakan-rakan lain,\u201d ujar Timbalan Perdana Menteri itu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO tidak akan bertanding solo dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan kekal menggunakan simbol dacing, sementara pada masa sama meneruskan kerjasama dengan gabungan dalam kerajaan perpaduan sekarang, kata Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sebelum ini adalah berpunca daripada keputusan bertanding secara bersendirian tanpa gabungan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,798,727,101,146,379],"authors":[],"class_list":["post-1320","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-dacing","tag-pakatan-harapan","tag-pru-16","tag-umno","tag-zahid"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1320","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1320"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1320\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1321,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1320\/revisions\/1321"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1320"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1320"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1320"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1320"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}