{"id":13203,"date":"2026-07-20T03:55:20","date_gmt":"2026-07-20T03:55:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13203"},"modified":"2026-07-20T03:55:20","modified_gmt":"2026-07-20T03:55:20","slug":"pelaburan-kwap-rugi-rm200-juta-perlu-disiasat-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pelaburan-kwap-rugi-rm200-juta-perlu-disiasat-pmx\/","title":{"rendered":"Pelaburan KWAP rugi RM200 juta perlu disiasat: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kerugian pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam syarikat eFishery di Indonesia, termasuk meneliti proses kelulusan yang membawa kepada keputusan pelaburan tersebut.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan menyokong sepenuhnya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah memulakan siasatan bagi mengenal pasti sama ada wujud pelanggaran prosedur, unsur rasuah atau kecuaian dalam proses membuat keputusan.<\/p>\n<p>\u201cSudah tentu siasatan perlu dilakukan. Sebab itu saya menyokong langkah SPRM untuk meneliti jika ada keterlanjuran, percanggahan dari segi undang-undang atau unsur rasuah.<\/p>\n<p>\u201cSPRM juga perlu melihat proses pelaburan, keputusan panel pelaburan dan kelulusan yang diberikan oleh lembaga KWAP,\u201d katanya ketika menjawab soalan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.<\/p>\n<p>Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman memaklumkan agensi itu menubuhkan pasukan siasatan khas bagi meneliti kerugian kira-kira RM200 juta membabitkan pelaburan KWAP dalam syarikat teknologi akuakultur eFishery.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, hasil semakan awal mendapati proses kelulusan pelaburan itu dilihat luar biasa apabila syarikat berkenaan mendapat pengesahan daripada beberapa firma audit bertaraf antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cDua audit bertauliah meluluskan, audit ketiga juga meluluskan tetapi belum sempat disahkan. Ini membabitkan tiga firma audit terbesar dunia. Bila saya teliti, memang luar biasa, tetapi luar biasa dari sudut penipuan.<\/p>\n<p>\u201cIni menjadi pengajaran. Walaupun disahkan syarikat audit terkenal dunia, ia masih tidak memberi jaminan mutlak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengaitkan pengalaman itu dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang menurutnya turut melibatkan institusi kewangan dan firma audit antarabangsa, namun masih gagal mengesan penyelewengan pada peringkat awal.<\/p>\n<p>Katanya, insiden itu membuktikan panel pelaburan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada laporan audit semata-mata, sebaliknya perlu memperkukuh penelitian terhadap aspek tadbir urus, pematuhan peraturan dan integriti.<\/p>\n<p>\u201cDalam kerangka MADANI, kita bercakap tentang kepintaran, kepakaran dan teknologi baharu. Semua itu penting, tetapi mesti disandarkan kepada nilai dan akhlak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kes eFishery mendapat perhatian selepas syarikat pemula niaga dari Indonesia itu didakwa terpalit dengan penipuan kewangan yang menjejaskan beberapa pelabur institusi.<\/p>\n<p>Susulan perkembangan itu, SPRM membuka siasatan bagi mengenal pasti sama ada terdapat sebarang salah laku dalam proses pelaburan membabitkan dana KWAP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kerugian pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam syarikat eFishery di Indonesia, termasuk meneliti proses kelulusan yang membawa kepada keputusan pelaburan tersebut. Beliau berkata, kerajaan menyokong sepenuhnya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah memulakan siasatan bagi mengenal pasti sama ada wujud pelanggaran prosedur, unsur [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13124,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,4447,4446,504,18,23,21],"authors":[],"class_list":["post-13203","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-efishery","tag-kwap","tag-pelaburan","tag-pmx","tag-siasatan","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13203","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13203"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13203\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13204,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13203\/revisions\/13204"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13124"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13203"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13203"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13203"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13203"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}