{"id":13235,"date":"2026-07-20T08:53:20","date_gmt":"2026-07-20T08:53:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13235"},"modified":"2026-07-20T08:53:20","modified_gmt":"2026-07-20T08:53:20","slug":"ph-tolak-dakwaan-krisis-pemilihan-calon-chuah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ph-tolak-dakwaan-krisis-pemilihan-calon-chuah\/","title":{"rendered":"PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menafikan dakwaan berlaku perpecahan dalam gabungan itu susulan isu pemilihan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah.<\/p>\n<p>Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata isu berhubung pemilihan calon berkenaan sudah diselesaikan dan tidak lagi menjejaskan kepimpinan serta jentera parti.<\/p>\n<p>Menurutnya, pemilihan penyandang DUN Chuah, Yew Boon Lye untuk mempertahankan kerusi itu dipersetujui parti selain mendapat sokongan Timbalan Ketua Cabang PKR Port Dickson, Kenny Chiew Chi Kin.<\/p>\n<p>&#8220;Kita sedia maklum bahawa Kenny sebelum ini antara yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat di DUN Chuah dan bekerja keras memastikan kekuatan PKR di Cabang Port Dickson.<\/p>\n<p>&#8220;Bagaimanapun, Boon Lye telah dipilih sebagai calon PH, sekali gus mempertahankan kerusi tersebut dan Kenny pula telah memberikan sokongan kepada Boon Lye, begitu juga kepada calon-calon PH lain di Port Dickson,&#8221; katanya pada sidang media, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mengulas dakwaan yang tular di media sosial mengenai kononnya wujud ketidakpuasan hati terhadap pemilihan calon DUN Chuah termasuk penyebaran risalah yang membandingkan prestasi Kenny dengan Boon Lye.<\/p>\n<p>Aminuddin berkata dakwaan berlaku perpecahan dalam PH hanyalah persepsi yang sengaja dimainkan ketika musim pilihan raya dan enggan mengaitkannya dengan mana-mana pihak.<\/p>\n<p>&#8220;Itu saya tidak mahu tuduh, tetapi biasalah dalam politik apabila menghadapi pilihan raya banyak perkara boleh berlaku.<\/p>\n<p>&#8220;Bagi kami di PH, kita hanya perlu menerangkan situasi sebenar bagi menunjukkan tidak ada perbezaan antara kami.<\/p>\n<p>\u201cSaya yakin Kenny mahukan kemenangan semua calon PH, bukan sahaja di Port Dickson tetapi di seluruh Negeri Sembilan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Port Dickson turut merakamkan penghargaan kepada Kenny kerana terus membantu kempen parti walaupun tidak dicalonkan.<\/p>\n<p>&#8220;Hari ini juga kita adakan sidang media bagi menunjukkan kebersamaan kita dan menutup segala cerita yang seolah-olah menggambarkan berlaku perpecahan di DUN Chuah dan sebahagian kawasan Port Dickson,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Aminuddin menggesa semua pihak berkempen secara berintegriti serta mematuhi peraturan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Pada PRN 2023, Boon Lye mempertahankan kerusi DUN Chuah selepas memperoleh 8,172 undi untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Tang Jay Son dengan majoriti 6,298 undi.<\/p>\n<p>Pada PRN kali ini, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi berkenaan dalam saingan dua penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Pau Jeou Ching.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menafikan dakwaan berlaku perpecahan dalam gabungan itu susulan isu pemilihan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah. Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata isu berhubung pemilihan calon berkenaan sudah diselesaikan dan tidak lagi menjejaskan kepimpinan serta jentera parti. Menurutnya, pemilihan penyandang DUN Chuah, Yew Boon Lye untuk mempertahankan kerusi itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11256,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,4471,4472,347,4465],"authors":[],"class_list":["post-13235","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-dun-chuah","tag-pemilihan-calon","tag-ph","tag-prn-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13235","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13235"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13235\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13236,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13235\/revisions\/13236"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11256"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13235"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}